Wednesday, July 27, 2011

AKHIRNYA TEMBELANG BN DI PECAHKAN OLIH SPR JUGA!

Jelas terang lagi bersuluh UMNO (BN) yang menjalankan tugas SPR selama ini, SPR cuma angguk-angguk dan geleng-geleng aje. Geleng-geleng kepada PR dan angguk-angguk kepada UMNO(BN), dengan menggekalkan konsep "Yes Sir"

Saya Peik dari TVS NEWS


SHAH ALAM 25 JULAI : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) buat kali pertama mempersoalkan tekad Barisan Nasional ke arah menambah baik proses pilihanraya negara ini.


Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar hari ini berkata sebarang cadangan SPR tidak akan menjadi realiti jika Barisan Nasional enggan menggunakan kuasa majoritinya di Parlimen meluluskan pindaan undang-undang berkenaan.


Wan Ahmad menjelaskan undang-undang tertentu tertentu perlu dipinda terlebih dahulu sebelum sebarang reformasi proses pilihanraya dapat dijalankan secara mutlak.

Bagaimanapun cadangan sedemikian tidak akan ke mana tanpa didokong oleh BN yang mempunyai kuasa majoriti di Parlimen.

"Apa yang kami boleh buat ialah memberi cadangan kepada Peguam Negara. Peguam Negara kemudian akan draf usul untuk dibawa kepada kerajaan, untuk didebatkan di Parlimen. Apa jadi kepada wakil rakyat Parlimen disana?," kata Ambiga

"Benda-benda yang merangkumi dasar dan undang-undang penting jelas dalam bidang kuasa pemerintah yang dilantik rakyat. Mereka mempunyai hak menentukan," tambah beliau.

Beliau berkata demikian pada wacana mengenai hala tuju sistem pilihanraya di Shah Alam susulan perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu untuk menuntut pilihanraya bebas dan adil.

Wan Ahmad berkata cadangan untuk memperkasakan sistem pilihanraya banyak bergantung kepada kerjasama daripada parti pemerintah.

"Contohnya jika kerajaan membantah usia minima untuk mengundi adalah 21 tahun, maka apa sahaja cadangan yang di usulkan, kalau mereka tidak setuju, ia tidak boleh dibawa untuk kelulusan Parliament," kata beliau.


Wan Ahmad menjelaskan SPR tidak mampu bertindak secara langsung keatas salahlaku pilihanraya kerana pemerintah tidak memberikan kuasa penguatkuasaan kepada badan itu.

Katanya SPR sekadar ditetapkan sebagai badan mengendalikan pilihanraya manakala kuasa penguatkuasaan terletak sepenuhnya di tangan polis.

Proses mengemaskini data warganegara yang layak mengundi untuk dimuatkan dalam daftar pemilih SPR pula bergantung kepada maklumat daripada Jabatan Pendaftaran Negara.

Kami bukan agensi penguatkuasa, Menurut Perlembagaan, SPR hanya badan menguruskan pilihanraya.

Ayid: Tiada jalan lain kecuali kita tumbangkan UMNO(BN) di PRU 13 ini

No comments:

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak