KUALA  LUMPUR 29 DIS: Dunia siber Malaysia rancak dengan desas desus seorang  menteri kanan kabinet Datuk Seri Najib Razak dikatakan merogol pembantu  rumah warga Indonesianya pada tahun 2007 tetapi kes itu di"tutup" oleh  Perdana Menteri  ketika itu Tun Abullah Ahmad Badawi.
Sebuah  pertubuhan bukan kerajaan Migrant Care dilaporkan menemuramah pembantu  rumah itu tidak lama selepas mangsa dihantar pulang ke Indonesia pada  tahun yang sama.
Dalam laporan yang dihantar ke Kedutaan Amerika  Syarikat dan Kedutaan Indonesia serta kepada Abdullah ketika itu,  Migrant Care mengesahkan pembantu rumah itu mengaku dirogol oleh menteri  berkenaan pada tahun 2007.
Isnin lalu, NGO Tenaganita menyiarkan kembali satu kenyataan akhbar yang pernah dibuat oleh Migrant Care, bersabit kes itu.
Migrant  Care menyatakan bahawa mangsa dan suaminya meminta supaya tidak  menghebahkan kejadian itu kerana takutkan pengaruh menteri berkenaan.
Mangsa dikatakan menetap di sebuah kampung di Banjar Negara, Jawa Tengah.
Kes  yang "sejuk" sekian lama kini kembali "panas' apabila Wikileaks  mendedahkan laporan yang dihantar oleh Migrant Care itu beberapa hari  lalu.
Sejak itu hampir setiap laman dan portal berita menyiarkan laporan pertubukan bukan kerajaan itu.
Setakat ini pendedahan wikileaks itu belum diberi ruang oleh media arus perdana.
Menteri  yang dituduh melakukan jenayah itu, Perdana Menteri Najib Razak dan Tun  Abdullah Badawi belum menjawab dakwaan pembantu rumah berkenaan mahupun  hasil siasatan Migrant Care.
Sementara itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Md  Akin mencabar Menteri Kabinet Umno- Barisan Nasional yang terpalit  dalam skandal merogol pembantu rumahnya supaya tampil memberi penjelasan  sebenar berhubung perkara itu.
Menurut Shamsul, dakwaan rogol itu amat serius selain melibatkan hubungan dua hala Malaysia dan Indonesia.
Justeru beliau meminta pihak polis serius dan peka dengan perkara ini.
"Saya  ingin cabar menteri tersebut beri penjelasan samada beliau terlibat  dalam perkara ini ataupun tidak," kata beliau ketika dihubungi TV  Selangor.
Tambah Shamsul, kerajaan Umno-BN yang selalu menyatakan Menterinya bersih juga perlu terbuka untuk menyiasat hal sedemikian.
"Oleh itu saya mintak kerajaan ambil perkara ini dengan tegas oleh kerana ini membabitkan reputasi dan maruah seorang menteri.
"Dalam  keadaan BN kata ambil menteri yang bersih saya rasa tak ada alasan  seseorang menteri tidak diambil tindakan apatah lagi dalam kes yang  berat seperti ini," kata beliau.
http://tvsnews.net/v1/
No comments:
Post a Comment