Thursday, November 4, 2010

Penentuan Batu Sapi, Galas hari ini

Masa pengundian: 8 hingga 5 petang
Pengiraan undi: Bermula 6.30 petang
Keputusan: 9 malam


8.35am (Galas) Penyokong PAS kelihatan jauh melebihi penyokong BN di sepanjang jalan menuju SK Sri Wangi.

Mereka mengejek penyokong BN yang agak senyap sebagai 'penimbang lama'.

Sementara itu, kelihatan beberapa pemilih memakai kemeja-T bertulis 1Malaysia di SK Gua Musang dan SRJKC Gua Musang.

8.26am
Seorang penyokong PAS berpakaian Briged Muslimat menyuarakan perasaan tidak puas hati dengan kuat kepada SPR dengan mendakwa tidak membenarkan petugas Pakatan Rakyat memasuki kawasan yang ditutup sekitar SMK Agama di Taman Mawar.

8.25am (Galas) Calon PAS Zulkefli meluangkan kira-kira 10 minit bertegur sapa dengan pemilih, pegawai polis dan kakitangan pilihan raya.

Beliau meninggalkan tempat itu dengan laungan takbir daripada penyokong PAS.

Perang mulut berlaku antara kedua-dua penyokong menyebabkan polis dan pegawai SPR menjarakkan lagi kedudukan penyokong bagi mengelakkan sebarang insiden tercetus.

8.15am (Galas) Di SK Gua Musang - salah satu pusat pengundian di Kampung Baru Gua Musang - penyokong PAS yang berkumpul kelihatan memakai baju bertulis 'PAS for All, manakala penyokong Umno pula membawa poster bertulis 'PAS Penipu'.

(Batu Sapi) Di SMK Agama Sandakan di Taman Mawar - salah satu pusat pengundian terbesar - hanya beberapa orang sahaja yang turun mengundi. Ia merupakan kawasan majoriti Cina.

8.02am Cuaca di Galas sedikit mendung. Bagaimanapun, tiada hujan lebat seperti malam tadi.

Di pusat pengundian SK Tengku Muhammad Fakhry Petra, calon PAS Dr Zulkefli Mohamad tiba diiringi Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Zulkefli ditentang calon BN Abdul Aziz Yusof dalan pertembungan satu lawan satu.

Zulkefli menggalas beban berat di DUN itu ekoran Galas merupakan antara kubu kuat Umno yang berjaya ditawan PAS dalam pilihan raya umum lalu.

Bagaimanapun, kejayaan dalam pilihan raya ini tidak akan memberikan sebarang kesan terhadap kawalan PAS di DUN. Parti itu kini menguasai 38 daripada 45 kerusi di Kelantan.

Manakala sekutunya PKR mendapat satu dan Umno sebanyak enam.

8.00am Cuaca baik mengiringi pemilih bagi membuat keputusan di 12 pusat pembuangan undi DUN bawah parlimen Sandakan, Sabah.

Kesesakan jalan raya mula berlaku di depan pusat pengundian SMK agama di Taman Mawar apabila pemilih bula bergerak.

Bagi DUN ini, berlaku pertembungan tiga penjuru antara calob Linda Tsen Thau Lin (BN), Yong Teck Lee (SAPP) dan Ansari Abdullah (PKR)

Daripada 12 pusat pengundian, dua akan ditutup lebih awal - satu pada jam 3 petang dan satu lagi pada jam 4 petang - disebabkan jumlah pemilih yang kecil di kawasan tersebut. Semua peti undi lain ditutup pada jam 5 petang.

Sebelas sekolah dipilih sebagai tempat pengundian manakala sebuah lagi perpustakaan daerah digunakan.

No comments:

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak