Monday, September 6, 2010

Idris Ahmad: Zam, siapa pemimpin PAS itu? - Malaysiakini

PAS menyifatkan bekas menteri penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin - yang mempertahankan dakwaannya bahawa terdapat pemimpin PAS menyuruh Tunku Abdul Rahman merampas harta orang Cina sewaktu peristiwa 13 Mei 1969 - bukan satu "perkara yang pelik".

Ini kerana, kata ketua penerangannya Idris Ahmad, Zainuddin seorang yang "istiqamah menentang perjuangan yang dibawa oleh PAS daripada muda sampai tua".

"Adalah satu perkara yang mustahil perkara yang besar seperti begini, Tunku tidak ambil serius dan tidak memaklumkan kepada beliau siapa pemimpin (PAS) tersebut. PAS ingin mengingatkan kepada Zainudin Maidin, PAS adalah parti yang mempunyai dasar dan organisasi yang teratur.

"Sebarang keputusan dasar yang dibuat oleh mana-mana individu, daripada mursyidul am hinggalah ahli biasa tidak dianggap mewakili pandangan parti melainkan setelah diluluskan oleh jawatankuasa pusat PAS, (majlis) syura dan muktamar," katanya.

Sehubungan itu, Idris mencabar bekas ketua penerangan Umno itu supaya mendedahkan siapakah pemimpin PAS yang dimaksudkannya.

Semalam Zainuddin mempertahankan kenyataannya dengan menegaskan pemimpin PAS meminta Tunku - perdana menteri ketika itu - merampas harta orang Cina selepas berlakunya peristiwa 13 Mei 1969.

Dalam satu kenyataan hari ini, Idris berkata, kalau benar PAS mahu merampas harta orang Cina, maka PAS tidak perlu minta bantuan daripada Tunku kerana parti itu mampu bertindak sendiri seperti di Kelantan yang mana kaum itu minoriti.

"Hakikat yang berlaku ialah tidak ada orang Cina yang dibunuh dan sebuah kedai pun yang dibakar oleh orang PAS di Kelantan. Sebaliknya huru-hara hanya berlaku di luar Kelantan.

"Kalau ini yang berlaku ini adalah tindakan yang luar daripada landasan perjuangan PAS, iaitu melalui gelanggang demokrasi walaupun dalam keadaan padang yang tidak rata dan tiang gol yang sentiasa diubah.

Idris turut mempersoalkan Zainuddin sebagai bekas wartawan kanan yang didakwanya dengan tidak tahu hujung pangkal terus membuat rumusan bahawa PAS parti "pelampau".

"Sedangkan apa yang diungkit adalah satu perkara yang besar yang boleh menimbulkan keresahan di kalangan orang Cina terhadap perjuangan PAS. Realiti pada hari ini api perkauman telah ditiup dengan kencang di dalam negara ini hasil daripada provokasi Umno.

"Pemimpin Umno sakit hati kepada PAS kerana semua isu yang dibangkit oleh Umno tidak mendapat sambutan dari kalangan rakyat dan pemimpin PAS. Malahan pemimpin PAS menjawab dengan matang dan tenang, berdasarkan nas (dalil) syarak, ini yang, menyebabkan Zainudin Maidin sakit hati," kata Idris Malaysiakini

1 comment:

bloglist malaysia said...

Salam tuan Ayid.. Mohon parking bloglist malaysia kat sini.. Terima kasih.. http://bloglistpolitik.blogspot.com/

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak