Wednesday, March 10, 2010

TAN SRI HARUS SANI-JEMNPUT KE FORUM KERAJAAN PERPADUAN YANG DIBANGKITKAN SEBELUM INI


IPOH, 10 Mac: Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dijemput kepentas forum anjuran Dewan Pemuda PAS Perak bagi menjelaskan isu penubuhan kerajaan perpaduan di Perak yang dibangkitkan beliau sebelum ini.

Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Perak, Salman Saleh berkata Harussani boleh menetapkan tarikh, tempat dan masa mengikut kesesuaian jadual beliau bagi memastikan program itu dapat diadakan.

Manakala PAS jelasnya akan menampilkan Mursyidul Am Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan bekas Pesuruhjaya PAS Perak Ahmad Awang sebagai panel.

Kedua-dua mereka adalah individu yang disebut Harussani sebagai terlibat secara langsung dalam perbincangan pembentukan kerajaan perpaduan itu.

"Bagi bersikap adil, Tan Sri Harussani boleh menjemput seorang lagi panel daripada UMNO untuk bersamanya di dalam forum tersebut, " katanya.

Tan Sri Harussani Zakaria dalam program dialog Zaaba di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) awal minggu lalu, mendakwa PAS Perak angkuh kerana menolak cadangan pembentukan kerajaan perpaduan dengan Umno bagi membentuk kerajaan negeri.

Sehubungan itu kata Salman, forum tersebut adalah medan terbaik untuk Harussani berhujah bersama kepimpinan PAS bagi menjelaskan perkara sebenar kepada rakyat.

"Pemuda PAS Perak berharap Tan Sri Harussani akan menerima pentas forum ini untuk menjelaskan sepertimana yang di dakwanya," tambahnya.

Sumber


Ayid: Kita semasa-sama tunggu forum yang manthop ini, adakah ia akan dapat diadakan

3 comments:

Manja said...

AKU SEBENARNYA TAK GEMAR SANGAT KALAU NAK PANGGIL PAK MUFTI NO TAN SRI...

SBB APA...BILA PANGGIL DGN PANGKAT TINGGI SANGAT NI....MUDAH LUPA DIRI.

Unknown said...

Satu cadangan yang baik dari Pemuda pas Perak,disitu semua pihak akan di beri peluang memberikan penjelasan,Semoga x ada lagi pemimpin yang baling batu sembunyi tangan lepas ni.Jangan ada yang tak mengaku kata-kata sendiri sudah lah.

Unknown said...

ada branika org tua ni. Bercakap sorang-sorang dgn utusan meloyeeek dia brani la. Pembela UMNO no.1, perangainya sama macam pemuda (pondan) UMNO yg tuduh org macam-macam tapi bila diajak berdebat menikus. pi melingkup la

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak