Saturday, December 19, 2009

Semangat Hijrah Tepati 1Malaysia: Lawak Antarabangsa Awal Muharam




maal hijrah

Saya tidak menyangka bahawa di pagi 1 Muharram 1431H, saya akan membaca satu artikel jenaka berbentuk dakwaan (baca dakyah) iaitu ‘Semangat Hijrah menepati 1Malaysia. Bagaimana Najib boleh terfikir Hijrah itu tepati 1Malaysia, atau sepatutnya 1Malaysia yang kena tepati Hijrah? Untuk menghilangkan pening kepala dan jenaka ini, kita cuba asingkan dahulu, apa itu Hijrah dan apa itu 1 Malaysia.

1 hijrah-kenapa marhalah ini penting 17 dec 09

2 hijrah-maqam islam, iman, ihsan 17 dec 09

Apa itu Hijrah?

Hijrah adalah salah satu peristiwa besar berlaku dalam sejarah Nabi dan para sahabat. Ia menjadi titik penting marhalah berikutnya. Di Mekah, Nabi bukannya pemerintah. Selepas hijrah, Nabi bukan sahaja menjadi Nabi bahkan pemerintah negara Islam Madinah. Yang ditegakkan dalam pemerintahan dan perundangan paling tinggi ialah Islam, hukum Quran dan Sunnah. Penyatuan dan perpaduan di antara Aus dan Khazraj menjadi Ansar. Muhajirin pula dipersaudarakan dengan Ansar. Semuanya di atas nama Islam, bukannya Arab walaupun kesemuanya adalah bangsa Arab termasuk Nabi SAW sendiri.

Keadilan yang ditegakkan berpaksi kepada hukum Quran dan Sunnah Nabi ketika itu, bukan keadilan yang diraba-raba dari Timur dan Barat. Keadilan kepada semua rakyat termasuk bukan Islam tetap dijaga.

Matlamat dan halatuju yang dibawa Nabi cukup jelas iaitu membawa manusia menyembah hanya kepada Allah, membuang syirik dan menegakkan Islam sebagai sistem hidup secara holistik, bukannya matlamat yang direka di tengah jalan sehingga para Sahabat pun perlu diberi taklimat semula.

Kesatuan 1 Madinah yang ditegak dengan 1 ummah dan hanya 1 Tuhan berasaskan ayat Allah: ‘Dan sesungguhnya umat ini umat yang satu, dan Aku adalah tuhan kamu, maka hendaklah kamu bertaqwa’.

Apa pula yang dikatakan 1Malaysia?

Untuk beberapa ketika apabila konsep 1Malaysia diperkenalkan, bukan sahaja rakyat yang kabur, pak-pak menteri pun tak tahu hingga perlu dibuat majlis penerangan pula kepada pak-pak menteri itu.

Saya cuba ’search’ dalam internet, ketemu dengan bahan yang disediakan oleh Bahagian Penerbitan Dasar Negara menghuraikan Konsep 1 Malaysia ( Penjelasan Mengenai Lapan Nilai).

Dalam mendefinisikan konsep 1 Malaysia, ucapan Najib diambil menjadi ‘matan’nya:

“Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. One People. Dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita;

Ini bukan bererti kita mengetepikan dasar afirmatif, dasar untuk menolong kaum Bumiputera asalkan dasar itu dilaksanakan dengan cara yang adil dan memberi pertimbangan kepada golongan Bumiputera yang layak mendapat sesuatu pertimbangan daripada kerajaan.

Kita keluar daripada cara bertindak dalam tembok etnik yang kita amalkan sejak sekian lama”.

Dari matan ucapan Najib yang mengilhamkan (atau dengan kata lain membid’ahkan) Gagasan 1 Malaysia itu, ada beberapa keypoint:

-berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. One People

-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik, tidak dalam tembok etnik tertentu.

Soalannya ialah di manakah letaknya agama yang sepatutnya mendasari tindakan seorang muslim, termasuk dalam konteks sebagai seorang pemerintah tertinggi sebuah negara? Ia menepati semangat hijrah? Kehendak semua kumpulan etnik itu apa asasnya? Islam tidak adil untuk semua etnik? Celaru dan pening sekali lagi.

Apabila meneliti huraian-huraian yang dibuat oleh Bahagian Penerbitan Dasar Negara itu, kelihatan ia punya nilai universal, tetapi kosong dari Islam sebagai teras dan asas.

Dalam ucapan sempena hijrah:

Najib berkata, konsep persaudaraan dan perpaduan yang diterapkan Rasulullah pada permulaan hijrah adalah secara holistik tanpa mengira warna kulit, keturunan atau kedudukan.

“Masyarakat di Madinah ketika itu terdiri daripada pelbagai kaum dan agama, hidup penuh aman dan harmoni berasaskan Perlembagaan Madinah yang mengutamakan perpaduan serta mempertahan Islam sebagai agama, keadilan sosial kepada semua dan melindungi minoriti serta memberi kebebasan mengamalkan agama kepada kaum bukan beragama Islam di bawah pemerintahan negara Madinah,” katanya.

Ucapan tentang hijrah dan Madinah itu benar, tetapi apabila mengaitkannya dengan 1Malaysia, maka kias itu namanya qias maalfariq (kias serta adanya perbezaan). Jauhnya seperti langit dengan bumi. Lantas, dakwaan semangat hijrah tepati 1 Malaysia wajar sekali dianggap lawak antarabangsa awal Muharram

Sumber

No comments:

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak