Friday, November 20, 2009

Keputusan Permohonan Penangguhan SPR Mengenai DUN Kota Siputeh Isnin Ini

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasakuasa Khas) akan membuat keputusan Isnin ini berhubung permohonan penangguhan yang difailkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terhadap keputusannya pada 16 November yang mengisytiharkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh sebagai kosong.

Hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin menetapkan tarikh itu selepas mendengar penghujahan panjang lebar daripada Peguam Kanan Persekutuan Datuk Kamaluddin Md Said, yang mewakili SPR, dan Sulaiman Abdullah, peguam bagi Speaker DUN Kedah Datuk Dr Abdul Isa Ismail.

SPR memfailkan permohonan itu pada 17 November selepas Alizatul mengisytiharkan kerusi DUN itu kosong dan memutuskan bahawa Datuk Abu Hassan Sharif bukan lagi wakil rakyat kawasan berkenaan selepas gagal menghadiri persidangan DUN dua kali berturut-turut tanpa kebenaran.Pada 1 September, Dr Abdul Isa memfailkan semakan kehakiman selepas SPR menerima sijil cuti sakit Abu Hassan berikutan ketidakhadirannya dalam persidangan DUN serta mengisytiharkan bahawa tidak berlaku kekosongan bagi kerusi itu dan wakil rakyat BN itu masih merupakan Adun kawasan berkenaan.

Di samping permohonan penangguhan, SPR dan Abu Hassan turut memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan.

Dalam keputusan bersejarah itu, Alizatul Khair turut mengarahkan SPR supaya mengadakan pilihan raya kecil bagi kerusi berkenaan.

Dalam penghujahannya, Kamaluddin memberitahu mahkamah bahawa jika permohonan penangguhan itu ditolak, ia akan membawa kepada satu lagi pilihan raya kecil yang membabitkan banyak wang dan SPR telah pun membelanjakan RM200,365 pada pilihan raya umum lepas di DUN Kota Siputeh sahaja.

"Ia merupakan pembaziran wang pembayar cukai selain akan mengakibatkan ketidakadilan yang sangat besar kepada suruhanjaya berkenaan," tegas Kamaluddin.

Beliau menggesa mahkamah supaya menggunakan kebijaksanaannya dalam membenarkan penangguhan itu atas dasar terdapat keadaan khas dalam permohonan itu di mana terdapat kemungkinan dua wakil rakyat bagi kerusi berkenaan sekiranya mahkamah membenarkan rayuan SPR selepas pilihan raya kecil itu.

Beliau berkata selain SPR, agensi kerajaan lain akan turut terbabit dalam pilihan raya kecil itu dan mereka terpaksa menanggung perbelanjaan sendiri.

Peguam bagi Abu Hassan, Datuk Mohd Hafarizam Harun yang menyokong permohonan penangguhan oleh SPR, bersetuju dengan Kamaluddin bahawa terdapat kemungkinan komplikasi perundangan selanjutnya jika mahkamah menolak penangguhan itu.

"Jika seorang calon baru dipilih sebagai wakil rakyat untuk kerusi berkenaan, dan jika Abu Hassan menang dalam rayuannya, ini akan mengakibatkan persaingan tuntutan oleh dua wakil rakyat untuk satu kerusi," kata Mohd Hafarizam.

Sulaiman pula berhujah bahawa mahkamah tidak seharusnya membenarkan permohonan penangguhan itu memandangkan keputusan itu dibuat oleh beliau (Hakim Alizatul Khair) sendiri.

Beliau berkata perkara itu membabitkan interpretasi perlembagaan di mana kerusi terbabit telah pun diisytihar kosong.

"Penangguhan perintah mahkamah itu sendiri beberapa hari selepas perintah dibuat bukan merupakan kepentingan awam," hujah Sulaiman.

Beliau berkata SPR gagal menunjukkan keadaan khas untuk membolehkan penangguhan itu dibenarkan dan mahkamah seharusnya menolak permohonan itu. BERNAMA

Mstar Online

2 comments:

BUJANG SUSAH said...

Allahuakbar...!!!!!!!!!

Unknown said...

Semoga kemenangan di pihak yang benar,amin..

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak