Sunday, September 27, 2009

CABARAN LETAK JAWATAN ISU LAMA TIDAK PERLU DILAYAN

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan cabaran anggota Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali, supaya beliau meletakkan jawatan sebagai isu lama yang tidak perlu dilayan.

Mursyidul Am PAS itu berkata rakyat boleh menilai sendiri apa yang telah dilakukannya sepanjang mentadbir Kelantan selepas memenangi pilihan raya umum 1990.
.
Beliau mengulas kenyataan Ibrahim semalam yang mencabarnya meletak jawatan kerana gagal melaksanakan tugas sebagai Menteri Besar dan juga atas alasan beliau sudah tua dan wajar memberi laluan kepada pemimpin muda.
.
"Tua apa salahnya, kalau muda pun hanya sampah apa guna?" katanya. Faktor tua bukan menjadi penghalang seseorang daripada menjadi pemimpin politik.

Manusia specis ini jika banyak terdapat berada di dalam mana-mana parti politik, akan merugikan raayat yang mengundi sahaja. Sepatutnya beliau berterima kasih kerana diberi peluang untuk bertanding di dalam PRU ke 12 setelah UMNO tidak lagi mahu mencalunkan beliau untuk bertanding.

Dengan lantang Ibrahim Ali mengatakan beliau calun bebas, semasa bertanding dulu tidak menggunakan tiket bebas sebaliknya menggunakan tiket PAS .Tanpa lambang bulan sudah pasti Datuk Ibrahim Ali tidak akan merasai kedudukan seperti sekarang, sebagai anggota parlimen Pasir Mas, namun beliau melupakan segala-galanya dan 'menggigit tangan yang menyuapkannya makanan'.
سُوۡرَةُ الفُرقان
أَمۡ تَحۡسَبُ أَنَّ أَڪۡثَرَهُمۡ يَسۡمَعُونَ أَوۡ يَعۡقِلُونَ‌ۚ إِنۡ هُمۡ إِلَّا كَٱلۡأَنۡعَـٰمِ‌ۖ بَلۡ هُمۡ أَضَلُّ سَبِيلاً (٤٤)

Allah Berfirman dalam Surah Al Furqaan pada Ayat 44 yang bermaksud: A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim. Atau adakah engkau menyangka bahawa kebanyakan mereka mendengar atau memahami (apa yang engkau sampaikan kepada mereka)? Mereka hanyalah seperti binatang ternak, bahkan (bawaan) mereka lebih sesat lagi.

ShodaqALLAHul'Azim.

WAllahua'alam ...

No comments:

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak