Sunday, September 13, 2009

AYO-AYO SAMY SUDAH MARAH SAMA SUBRAMANIAM


KUALA LUMPUR, 13 Sept (Bernama) -- Kedudukan bekas timbalan presiden MIC Datuk S. Subramaniam dalam parti itu terus menjadi tanda tanya apabila beliau akan dirujuk untuk kali kedua kepada jawatankuasa displin parti itu.

Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu, berkata bekas timbalannya itu, yang kalah dalam pertandingan timbalan presiden untuk kali kedua semalam, akan dihadapkan kepada lembaga disiplin parti atas dakwaan membawa sekumpulan penyokong yang dikenalpasti cuba mewujudkan suasana tegang di kalangan perwakilan pada Perhimpunan Agung MIC Ke-63 semalam.

"Kumpulan ini dianggarkan terdapat kira-kira 500 orang dan cuba mewujudkan kekecohan. Pihak kami sedang mengumpulkan maklumat dan bukti berhubung perkara ini.

"Saya tahu siapakah kumpulan ini dan pihak berkuasa juga tahu siapakah mereka ini. Tindakan disiplin akan tetap diambil ke atas Subramaniam disebabkan perkara ini.

"Saya tidak pernah menyaksikan insiden seperti ini...saya melihatnya sebagai satu percubaan untuk menakutkan perwakilan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di persidangan itu.

Minggu lalu, jawatankuasa kerja pusat (CWC) MIC sebulat suara mencapai keputusan untuk merujuk Subramaniam kepada jawatankuasa disiplin MIC kerana didakwa mengeluarkan kenyataan yang dilihat boleh menjatuhkan imej parti.

Samy Vellu, berkata jawatankuasa disiplin parti akan menentukan bentuk tindakan ke atas Subramaniam.

Sementara itu, ditanya mengenai dakwaan Subramaniam bahawa politik wang adalah penyebab utama kekalahannya semalam, Samy Vellu mendakwa, beliau turut mempunyai bukti bahawa beliau (Subramaniam) menggunakan wang untuk mencari sokongan.

"Saya ada bukti yang Subramaniam pergi ke beberapa bahagian MIC dan menjanjikan wang...saya ada bukti," katanya.

Ayid>>>Itu macam ka Dato, ini polotik wang sama samseng UBN punya dalam banyak. Itu hari Perak punya DUN bersidang pun ini samseng pun ada bikin kacau. Sekarang saya hati banyak susah tengok itu UBN punya dalam banyak kacau.

-- BERNAMA

No comments:

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak