Saturday, April 13, 2013

PAS umum calon pertama bukan Islam


Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat mengumumkan bahawa Ketua Kongres Penyokong PAS, Hu Pang Chow bakal mewakili PAS bagi kerusi Ayer Hitam, dan merupakan calon bukan Islam pertama yang bertanding di bawah tiket PAS.
Beliau dijangka akan berhadapan dengan Wee Ka Siong, Ketua Pemuda MCA.
Hu Pang Chow
PAS yang telah meminda perlembagaan parti itu membolehkan ahli bukan Islam bertanding secara langsung di bawah tiket PAS.
Pengumuman PAS pagi ini juga mengesahkan bahawa Naib Presiden, Salahuddin Ayub akan bertanding kerusi Parlimen Pulai dan kerusi DUN Nusajaya.


No comments:

Post a Comment

Kalau boleh jangan la komen sebagai Anonymous, bagi yang tak reti caranya senang ja, klick kat 'v' yg dalam kotak sebelah kanan 'Select profile' lepas tu klick kat 'Name/URL' lepas tu isi la nama, URL tu tak isi pun takpa,lepas tu klik kat 'Continue' lepas tu lantak hangpa, kalau aku rasa tak sesuai aku padam... hak komen hak hangpa... hak nak siar hak AKU.. jadi kalau nak bagi komen hangpa keluaq.. KOMEN laa elok-elok... nak kutuk pon tak apa tapi jaga BUDI BAHASA... OK Pengkomen guna Anonymous akan di padam itu hak aku.