Friday, April 12, 2013

KATAK JAMALUDDIN Akan BERTANDING Pertahan DUN BEHRANG. Tapi borang dia kena beli kakaka



IPOH : Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Behrang Jamaluddin Mohd Radzi menunjukkan borang pencalonan yang dibelinya di Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya Negeri Perak di sini hari ini.

Jamaluddin akan bertanding sebagai calon bebas untuk mempertahankan kerusi DUN itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).


"Sekiranya (bertanding) antara Parti Keadilan Rakyat (PKR), BN (Barisan Nasional) dan saya sebagai calon Bebas, saya yakin saya akan menang tetapi ia satu pertarungan sengit. 

 "Sekiranya saya guna lambang BN untuk lawan calon PKR, saya akan menang dengan majoriti lebih 5,000 dan mungkin jumlah itu adalah yang tertinggi di Perak," katanya ketika ditemui pemberita selepas membeli borang pencalonan di pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya negeri Perak di Ipoh hari ini.

Ditanya sama ada beliau berminat untuk bertanding atas tiket BN, beliau berkata: "Kalau kita nak bertunang pun kena ada orang masuk meminang, mana boleh kita menawarkan diri. Sekiranya ada pihak yang memberi tawaran saya akan fikirkan. Selama hari ini pun saya bekerja untuk BN dan Perak pun adalah di bawah BN, tidak mustahil saya penyokong kuat BN."

http://pulakdah.blogspot.com/2013/04/katak-jamaluddin-akan-bertanding.html

2 comments:

  1. Agak-agak dia akan terjun ke kolam/lopak atau ke kolam air panas?

    ReplyDelete
  2. Tuan, mohon bertukar link. Harap senaraikan saya di bawah blogger perak.

    http://kopidantampal.blogspot.com/

    Terima kasih.

    ReplyDelete

Kalau boleh jangan la komen sebagai Anonymous, bagi yang tak reti caranya senang ja, klick kat 'v' yg dalam kotak sebelah kanan 'Select profile' lepas tu klick kat 'Name/URL' lepas tu isi la nama, URL tu tak isi pun takpa,lepas tu klik kat 'Continue' lepas tu lantak hangpa, kalau aku rasa tak sesuai aku padam... hak komen hak hangpa... hak nak siar hak AKU.. jadi kalau nak bagi komen hangpa keluaq.. KOMEN laa elok-elok... nak kutuk pon tak apa tapi jaga BUDI BAHASA... OK Pengkomen guna Anonymous akan di padam itu hak aku.