Kerajaan Kelantan berhak membatalkan perjanjian antara kerajaan negeri itu dengan Petronas yang dibuat pada 1975 dan mengambil semua platfom minyak yang diusahakan syarikat petroleum dan gas itu, kata Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti dan Pendaratan Gas Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa. Beliau berkata, berdasarkan pengisytiharan undang-undang Akta Pembangunan Petroleum 1974, Petronas telah melanggar peruntukan perlembagaan persekutuan yang ditetapkan kepada setiap negeri berdaulat.
"Mahkamah dunia menetapkan Kelantan negeri berdaulat walaupun pada masa itu sebelum merdeka. Tapi status kedaulatan negeri telah wujud. Akta (Pembangunan dan Petroleum) 1974 jika ditafsirkan telah mencabar kedaulatan negeri. "Oleh itu, Kelantan berhak membatalkan perjanjian 1975 dan kembalikan semua platfom telaga minyak yang diusaha Petronas 100 peratus kepada Kelantan," katanya dalam ceramah sempena konvoi royalti minyak ke Putrajaya malam tadi di Dataran Kemerdekaan Shah Alam. Ceramah malam tadi, dihadiri kira-kira 5,000 orang yang kebanyakannya peserta konvoi daripada Kelantan. Antara yang hadir ialah Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Sebanyak 500 kereta dari Kelantan dan 100 kereta dari negeri lain berkonvoi ke Dataran Kemerdekaan malam tadi dan seterusnya ke Putrajaya pada jam 8 pagi ini untuk ke Istana Kehakiman bagi menuntut hak negeri tersebut ke atas bayaran royalti minyak.
Hari perbicaraan kes saman Kerajaan Negeri Kelantan terhadap Petronas berkenaan royalti petroleum pada jam 9 pagi ini di Putrajaya.Selain itu, Husam berkata lagi, beliau turut meminta agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak berfikir secara rasional dan bijak dalam membuat keputusan berhubung pemberian royalti minyak di Kelantan. Jelasnya, sekiranya royalti masih tidak diberikan, bukan sahaja Kelantan, malah Terengganu, Sabah dan Sarawak boleh turut membatalkan perjanjian yang dilakukan antara Petronas dan kerajaan negeri masing-masing pada tahun 1975. "Najib masih ada masa untuk berfikir secara rasional dan bijak. Kalau tidak, Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan akan terburai. Petronas akan terkubur," katanya sambil menambah angka tunggakan bayaran royalti kepada Kelantan kini berjumlah RM10.4 bilion.
Sementara itu, dalam ucapan ringkas, Nik Aziz pula berkata, sekatan berhubung isu royalti minyak negeri Kelantan yang dibuat oleh kerajaan pusat yang dipimpin oleh Umno menunjukkan bahawa mereka membenci pergerakan Islam. Sambil menjelaskan manusia terbahagi kepada tiga iaitu mukminin, kafir dan munafik, Nik Aziz berkata, sekatan royalti tersebut bukan dibuat oleh Petronas, sebaliknya kerajaan yang memerintah. "Tengku Razaleigh (Hamzah) kata disekat oleh Petronas. Sebenarnya sekatan ini Umno yang buat sebab dia kuasai pusat. Yang kuasai pusat sekarang bukan MCA tapi orang Melayu Umno. Benci pada gerakan Islam. "Dia (Umno) kata nak tolong orang Melayu. Tapi saya ini Melayu juga, baka raja lagi. Tapi tak beri," kata Nik Aziz yang mengakhiri ucapannya dengan bacaan doa.
BLOGGER PERAK
-
Selamat Hari Raya Aidiladha 1445H/2024
-
Mari kita sama-sama menghayati erti pengorbanan sebenar yang dilakukan oleh
Nabi Ibrahim (RA) dalam membuktikan ketaqwaannya kepada Allah SWT.
Salam Aidi...
-
Salam Pertemuan : Yang Tersurat Dan Yang Tersirat
-
Heboh di media sosial tentang posting yang dimuat naik oleh Ketua Pemuda
Umno pertemuan Presiden PAS dengan Presiden Umno. Pertemuan tersebut yang
di ada...
-
-
Cerita di sebalik penjualan Pusat Pendidikan Al-Barakah
-
KERAJAAN negeri bersikap terbuka untuk mengadakan perbincangan pada
bila-bila masa dengan pengurusan Pusat Pendidikan Al-Barakah jika mereka
memerlukan ban...
-
Gendang dah berbunyi
-
SPR telahpun mengumumkan tarikh untuk diadakan pilihanraya umum kali ke-14
iaitu pada 9 Mei nanti.
Gegak gempita alam maya apabila tarikh yang diumum SP...
-
Senarai kerusi berdasarkan parti hasil persetujuan Pakatan Harapan
-
Kerusi parlimen yg akan ditandingi PPBM
1. Arau
2. Pdg Besar
3. Langkawi
4. Jerlun
5. Kbg Pasu
6. Jerai
7. Pendang
8. Baling
9. Pasir Puteh
10. Bachok
11. J...
-
Sidang Media Iftar Jamai'e PAS Perak
-
Sesi penerangan Dan soal-jawab bersama media Dan Blogger PAS Perak,
berlangsung Bermula jam 5:30 petang di restoran Hadromout Paradise,
Ipoh, Perak.
Me...
-
Pengumuman calon Pas untuk P067 Kuala Kangsar
-
Calon bagi Parti Islam SeMalaysia (PAS) untuk pilihanraya kecil P067 Kuala
Kangsar akan diumumkan malam esok, 27 Mei 2016 pada jam 9.00 malam
bertempat d...
-
Jom kita lihat isu ni pulak -
-
Apa yang boleh aku nak kata kan, hanya sekadar kesian,, itu sahaja yang aku
mampu,,, maka akan aku cuba paparkan, agar ada pihak-pihak yang dapat
membantu ...
-
'UMNO' minta $650 Dari Najib?
-
EKSKLUSIF Keadaan menjadi semakin panas dalam Umno, apabila seorang
anggota yang mendakwa mewakili parti, memfailkan saman terhadap
Presidennya, Datuk Ser...
-
Bakal Mursyidul Am Pas jawap fitnah
-
Semoga puak-puak yang suka menghentam,memfitnah dan mahu menjatuhkan Ulama
dalam kepimpinan PAS sedar diri....
Ingatlah....Jebon PASMA itu tetap jebon....
-
RATIB UG ... TIMBUL TIMBALAN PERDANA MENTERI
-
Ratib UG di mainkan semula sekalipun yang meratib itu sudah pening angguk
geleng . PAS yang masih bersedih dengan kehilangan Tuan Guru Nik Abdul Aziz
teru...
-
POLIS - Ini tragedi luar biasa...
-
*Takziah, moga pasangan bahagia ini bersabar dengan ujian
Allah...Subhanallah*
*kisah di sini dan sini....*
-
TGHA :SYRIA , RAKYAT MANGSA , PEMIMPIN BERLAGA DAN MUSUH UNTUNG
-
Republik Arab Syria (selepas ini ditulis Syria) adalah termasuk dari
kalangan negara ...
-
Kisah orang sombong sembelih diri sendiri!!!
-
Assalamualaikum...Hahahahaha..Lama dah tak gelak dalam blog
ni..Kehkehkeh..Maap ramai yang menunggu nak sokong dan tak lupa jugak yang
nak hentam aku......
-
42 peratus Cina yakin hudud adil untuk semua
-
Ketika masyarakat Cina dikatakan fobia dengan cadangan pelaksanaan hudud
oleh PAS, tinjauan Universiti Malaya (UM) mendapati sebanyak 42 peratus
responden ...
-
Derita Budya Darat
-
[image: MANGSA... mendakwa mengenali suspek menerusi laman sosial Facebook.]
MANGSA... mendakwa mengenali suspek menerusi laman sosial Facebook.
[image: BU...
BLOG MUSLIMAT
-
Mengenal Susu Kambing Etawa yang kaya akan Manfaat
-
Susu kambing etawa, juga dikenal sebagai susu kambing perah Etawa, berasal
dari kambing jenis Etawa yang berasal dari Indonesia. Susu ini memiliki
beberap...
-
Berkongsi rezeki
-
Assalammualaikum, semua. Apa khabar? Muthiah... Alhamdulillah. Sihat. Masih
dalam misi ingin menurunkan berat badan bagi mendapatkan berat badan
idaman. ...
-
jangan buat hati mak bapak cuak..!
-
Geram..?
Gelisah..?
Galau..?
Cuak..?
Bimbang..?
mana satu perasaan kita sekarang..bila situasi ini berleluasa tanpa
pantauan..?
mengapa kita masih ambil ...
-
-
Bismillah..
Sedekah bukan sahaja berbentuk kewangan dan harta benda. Bahkan sedekah
mencakupi aspek tenaga, usaha, tindakan, ketelusan dan ketulusan...
-
MESYUARAT AGUNG DEWAN MUSLIMAT PAS TAPAH KALI YANG KE 21
-
Saf kepimpinan muslimat kawasan bersama perasmi mesyuarat agung pada tahun
ini. Doa dan alunan wahyu disampaikan oleh Ustazah Haslinda bt Ismail.
Para pe...
-
-
USRAH BULANAN
14/4/2014-lepas maghrib
-
MH370 : AKU TAK SURUH HANGPA PERCAYA TAPI BERFIKIRLAH DENGAN AKAL YANG WARAS
-
(gambar hiasan) Allah SWT Berfirman: وَقُلْ جَاءَ الْحَقُّ وَزَهَقَ
الْبَاطِلُ إِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوقًا (٨١) Dan katakanlah: "Yang benar
telah datan...
-
Polemik Kalimah ALLAH
-
*Bermula apabila Kementerian Dalam Negeri di bawah Syed Hamid Albar
melarang majalah The Herald menggunakan kalimah Allah dlm penerbitan
mereka.....
-
Peribadi Pejuang. Coret coret ijtimak tarbawi 2013
-
Peribadi Pejuang
Pejuang senantiasa akan diuji Allah swt justeru itu adalah sunnah orang
berjuang.
Saya kongsikan 5 Tips untuk memastikan kita mampu berd...
-
MUKTAMAR DEWAN MUSLIMAT PAS
-
*Muktamar tahunan Muslimat Pas bermula pada 14-15 november.muslimat yang
dikasihi sekelian ayuhlah bersama-sama kita menghadiri muktamar kita semoga
mendap...
-
No comments:
Post a Comment