Maksiat.siap gelek si Daud berkilau lagi youu...sebab yang gua tahu,
lalaikan Melayu bangang dengan hiburan,pasti boleh menang Barisan!!
http://www.resepirahsiaku.com/2012/02/najeeb-hina-rasulullah-saw-dalam.html
Belum pernah terjadi di dalam dunia atau pun di luar dunia... orang gila meroyan mengaku yang dia gila meroyan... kalau ada yang mengaku itu di panggil buang tebiat, kah kah kah.... kalau menurut apa yang dikatakan oleh bekas ahli PAS ni yang juga merangkap Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor dan Bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor Datuk Dr Hasan Ali (DDHA), yang mencabar Pemimpin PAS menunjukkan bukti kononnya beliau 'gila meroyan' untuk menjadi Menteri Besar (MB) termasuk rakaman video percakapan jika ada... kah kah kah !!!.
Tapi kalau di dengar Orang Gila Meroyan bercakap... kita biasa nya dah dapat agak walaupun tak seratus peratus tepat... cuba amati apa kata-kata nya.... "Saya sanggup lepaskan jawatan Exco Kerajaan Negeri dan menjadi Adun Bebas kerana tidak sanggup bersekongkol dengan parasit Pas yang mempunyai agenda peribadi berbanding perjuangan menegakkan syiar Islam".
Sumber: http://kmwicbmwid.blogspot.com/2012/02/ketua-cawangan-umno-benarkan-ceramah-pr.html
BANGALORE - Tiga orang menteri di selatan India mengambil tindakan meletak jawatan, semalam, selepas didakwa menonton filem lucah semasa perhimpunan dewan rakyat.
Ketiga-tiga menteri daripada parti pemerintah Bharatiya Janata itu dirakam stesen televisyen tempatan sedang menonton filem lucah di telefon bimbit masing-masing, kelmarin, semasa menteri lain sedang membincangkan rang undang-undang.
Namun, dakwaan itu ditolak seorang daripada mereka yang mendakwa sedang menonton klip video di sebuah parti untuk tujuan perbincangan dan bukannya filem lucah.
“Kami meletak jawatan kerana tidak mahu memalukan parti dan tidak mahu memberi peluang kepada pembangkang untuk menganggu perjalanan perhimpunan dewan rakyat,” menurut Menteri Koperasi, Laxman Savadi kepada pemberita.
Rakaman televisyen menunjukkan ketiga-tiga menteri itu menonton video seorang wanita menari, membuka baju dan melakukan aksi seksual.




Di Kampung Bakar Bata, Beruas, Perak beberapa hari yang lalu dalam ucapannya Shahrizat mendakwa beliau telah mendapat hidayah ketika mengerjakan Umrah untuk terus memimpin Pergerakan Wanita UMNO/BN dalam menghadapi PRU13 yang akan datang.Dulu nak cium bontot ,sekarang nak cium kaki pula

ALOR SETAR 6 Feb. - Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, beliau sanggup mencium kaki Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak jika tindakan itu dapat menyelamatkan Madrasah Salihiah, di sini daripada dirobohkan.
Katanya, beliau tidak kisah dianggap bacul dengan perbuatan tersebut asalkan dapat membantu Jawatankuasa Madrasah Salihiah mempertahankan kewujudan madrasah berusia lebih 100 tahun itu demi perjuangan memartabatkan syiar Islam.

KOTA BHARU – Seramai 28 pelajar lelaki beberapa sekolah menengah sekitar daerah Kota Bharu yang ditahan kerana ponteng sekolah hari ini diarah membaca al-Quran.
Pengarah Jabatan Pelajaran (JPN) negeri, Hussin Awang berkata, kesemua pelajar yang ditahan itu dibawa ke Masjid Mukim Telipot untuk diberi kaunseling dan diarah membaca al-Quran di bawah bimbingan imam masjid itu, Ahmad Yunus.
Pelajar terbabit yang berumur antara 15 dan 18 tahun ditahan antaranya di pusat beli-belah, taman perumahan dan surau.
“Ada kalangan pelajar yang ditahan itu sedang merokok,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Hussin berkata, pelajar terbabit kemudiannya dibebaskan selepas diambil kenyataan dan latar belakang mereka oleh guru disiplin atau kaunselor untuk tindakan lanjut. – BERNAMA
KUALA LUMPUR - Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub yang disebut-sebut akan bertanding di Johor - negeri kelahirannya - pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU), akan menjawab teka-teki itu akhir bulan ini.
Ketika ditanya sama ada akan keluar dari Kelantan kali ini, Ahli Parlimen Kubang Kerian ini hanya berkata: "Itu tunggulah. Bila sampai masa, saya akan adakan sidang media untuk menyatakan di mana saya akan bertanding."
Pengumuman itu akan dibuat dalam beberapa minggu lagi, tambah beliau.
"Mungkin dalam masa terdekat. Paling lewat pun bulan depan (Februari), kalau Parlimen masih belum lagi belum dibubarkan.
"Bulan depan (Februari) adalah masa yang sesuai. Mungkin akhir bulan Februari. Mungkin itu masa terbaik," kata beliau kepada Sinar Harian Online dalam satu pertemuan awal minggu lalu.
Salahuddin mengakui beliau secara peribadi sudah memutuskan kerusi yang hendak ditandingi.
"Ya, saya telah membuat keputusan. Dan, saya akan memaklumkan tapi saya belum maklumkan kepada parti. Saya akan maklumkan kepada parti," katanya lagi.
Banyak pihak membuat andaian Parlimen akan dibubarkan bulan ini.
Pada pilihan raya umum 2008, beliau yang lahir di Kampung Serkat, Tanjung Piai, mempertahankan kerusi Parlimen Kubang Kerian.
Selain dicalonkan oleh Pas kawasan Kubang Kerian, beliau juga dirisik agar bertanding di bahagian Parlimen Pasir Mas di Kelantan, Titiwangsa (Wilayah Persekutuan) dan juga di Johor sendiri pada PRU13.