Saturday, September 11, 2010

Ribuan Terkandas, Kabel Jambatan Pulau Pinang Terbakar


Ribuan kenderaan terkandas lebih tiga jam di atas Jambatan Pulau Pinang akibat kebakaran kabel bervoltan tinggi Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Km 2 menghala ke sini hari ini.

Kejadian pukul 10.02 pagi itu turut menyebabkan trafik menghala keluar dan masuk ke pulau tersebut dilapor sesak sepanjang lebih 10 kilometer, selain lorong kanan di kedua-dua arah di atas jambatan ditutup.

Sementara itu, Naib Presiden TNB (Bahagian Penghantaran) Razimi Remeli berkata kebakaran tersebut melibatkan tiga litar berkuasa 132 kilowatt di bawah jambatan berkenaan.

"Kejadian menyebabkan gangguan elektrik di sebahagian kawasan di Bayan Baru, George Town dan Gelugor. Bagaimanapun bekalan berjaya dipulihkan dalam masa dua minit selepas kejadian," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Beliau turut memberi jaminan bekalan elektrik adalah mencukupi dan pengguna di negeri itu tidak perlu risau.

.: TVSelangor.com

No comments:

Post a Comment

Kalau boleh jangan la komen sebagai Anonymous, bagi yang tak reti caranya senang ja, klick kat 'v' yg dalam kotak sebelah kanan 'Select profile' lepas tu klick kat 'Name/URL' lepas tu isi la nama, URL tu tak isi pun takpa,lepas tu klik kat 'Continue' lepas tu lantak hangpa, kalau aku rasa tak sesuai aku padam... hak komen hak hangpa... hak nak siar hak AKU.. jadi kalau nak bagi komen hangpa keluaq.. KOMEN laa elok-elok... nak kutuk pon tak apa tapi jaga BUDI BAHASA... OK Pengkomen guna Anonymous akan di padam itu hak aku.