Saturday, September 11, 2010

MUNGKAR DI BUMI MERDEKA

Video pertama hasil kerjasama KOSUKE dan UNGGAS. Video ini dihasilkan tanpa perancangan skrip, kandungan dalam video ini dipilih secara rawak dan disusun atur secara spontan.

Fokus utama vid...eo ini lebih kepada mengajak masyarakat berubah u...ntuk berani menegur kemaksiatan. Saya memohon maaf atas beberapa paparan yang agak Kontroversi dalam video ini.

Kami bukan bertujuan memalukan sesiapa, cuma untuk memberikan contoh supaya dapat dijadikan ikhtibar kepada orang lain. Kami juga sudah cuba menapis (blur/censor) wajah2 mereka yang dirakam secara sengaja utk dimuatkan dalam video ini.

Tapi sebab proses censor mengambil masa yang agak lama dan agak rumit, jadi sekiranya ada bahagian2 yang tidak kemas tapisannya, harap dimaafkan kekurangan kami. [[ Video ini telah dipotong beberapa babak bagi membolehkan ianya diupload sepenuhnya di Facebook, sesiapa yang berminat mendapatkan full version boleh request di sini atau email : welantang [at] gmail.com ]] Kami amat mengalu-alukan komen/teguran/nasihat dalam memperbaiki mutu persembahan video2 kami supaya video2 kami yang akan datang, insyaAllah lebih berkesan dihati masyarakat. Terima kasih.

(Sila sebarkan sekiranya anda rasakan kandungan video ini bermanfaat)


1 comment:

  1. Kesimpulannya,ummat islam sekarang dah teruk,sudah jauh lari dari landasan agama.Bukan di Malaysia saja,diseluruh dunia Islam mengalami situasi yang sama.
    Menunjukkan berjayanya usaha yahudi dan Nasrani memesongkan Ummat Islam dari agama dan mencintai dunia.
    Belum sampaikah masanya lagi untuk kita ummat islam mengingati Tuhan?

    ReplyDelete

Kalau boleh jangan la komen sebagai Anonymous, bagi yang tak reti caranya senang ja, klick kat 'v' yg dalam kotak sebelah kanan 'Select profile' lepas tu klick kat 'Name/URL' lepas tu isi la nama, URL tu tak isi pun takpa,lepas tu klik kat 'Continue' lepas tu lantak hangpa, kalau aku rasa tak sesuai aku padam... hak komen hak hangpa... hak nak siar hak AKU.. jadi kalau nak bagi komen hangpa keluaq.. KOMEN laa elok-elok... nak kutuk pon tak apa tapi jaga BUDI BAHASA... OK Pengkomen guna Anonymous akan di padam itu hak aku.