Sunday, August 1, 2010

Jumlah kelahiran anak tidak saf taraf di Terengganu membimbangkan - The Malaysian Insider


Jumlah kelahiran anak tidak saf taraf di Terengganu membimbangkan - The Malaysian Insider

KUALA TERENGGANU, 31 Julai – Kes kelahiran anak luar nikah di Terengganu amat membimbangkan, dengan jumlahnya meningkat dari setahun ke setahun.

Berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara dari tahun 2005 hingga Jun 2010, jumlah keseluruhan anak luar nikah di Terengganu ialah 2,314 orang.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita negeri Yahya Khatib Mohamad berkata daripada jumlah itu, seramai 230 anak tidak sah taraf dicatat pada tahun 2005 dan jumlah itu meningkat kepada 251 pada 2006, 325 (2007), 549 (2008), 611 (2009) dan 321 dalam tempoh Januari hingga Jun tahun ini.

“Hampir keseluruhan kes anak luar nikah di Terengganu itu membabitkan wanita beragama Islam dan berumur 15 tahun ke atas,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Jendela IKS di sini hari ini.

Beliau berkata kerajaan negeri sedang mengambil langkah-langkah tertentu bagi mengatasi masalah kelahiran anak luar nikah di negeri ini, termasuk menganjurkan kempen ke masjid dan program kesedaran bakti remaja.

Yahya berkata kerajaan negeri juga telah mengadakan program “ingat sebelum kena” yang ditumpukan di 130 sekolah untuk memberi kefahaman dan kesedaran di kalangan pelajar tentang masalah sosial. – Bernama



No comments:

Post a Comment

Kalau boleh jangan la komen sebagai Anonymous, bagi yang tak reti caranya senang ja, klick kat 'v' yg dalam kotak sebelah kanan 'Select profile' lepas tu klick kat 'Name/URL' lepas tu isi la nama, URL tu tak isi pun takpa,lepas tu klik kat 'Continue' lepas tu lantak hangpa, kalau aku rasa tak sesuai aku padam... hak komen hak hangpa... hak nak siar hak AKU.. jadi kalau nak bagi komen hangpa keluaq.. KOMEN laa elok-elok... nak kutuk pon tak apa tapi jaga BUDI BAHASA... OK Pengkomen guna Anonymous akan di padam itu hak aku.