Saturday, July 31, 2010

Muncul lagi golongan 'songkok tinggi' yang mahu dilihat gah Satu Kan PAS DAN UMNO

Ka ka ka .. Dia tak dapat nak bezakan (Mursyidul Am PAS) dengan Prisiden. PAS bukan nya macam UMNO. Boleh kata pula,Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat beliau bukan pemimpin PAS kerana pemimpinnya adalah presiden - Kau orang bacalah sendiri (Sini)

Malaysianinsider Melaporkan

KUALA LUMPUR, 31 Julai — Idea agar parti-parti Melayu-Islam bergabung atas nama penyatuan orang Melayu muncul lagi dengan yang terbaru budayawan dan ahli politik Senator Tan Sri Jins Shamsudin menggesa tiga parti digabungkan demi mempertahankan kuasa politik mereka.

Beliau berkata keadaan semasa memerlukan sebuah parti Melayu khusus yang boleh mempertahankan dan memperjuangkan hak orang Melayu.

“Yang tolak itu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (Mursyidul Am PAS) sebab beliau yang bercakap. Lagipun beliau bukan pemimpin PAS kerana pemimpinnya adalah presiden.

“Beliau hanya menteri besar, ini bererti kita perlu dapatkan semua ahli PAS, berbincang dan minta apa pandangan mereka.

“Pada saya, Umno dan PAS mesti bersatu sebab PAS itu Melayu-Islam, Umno juga Melayu-Islam... bersatulah ini berdua barulah kita boleh pertahankan kuasa orang Melayu,” katanya

Petikan dari Malaysianinsider

2 comments:

  1. penyokong dan ahli umno oghang melayu islam,penyokong dan ahli pas pun oghang melayu islam takdak beza,yang mwmbezakan antara dua pehak tersebut ialah dasar parti masing2 inilah halanganya.

    ReplyDelete
  2. Jin Shamsuddin ni bukan tau apa.Dibawah songkok tinggi tu,kosong.Dia tak tau kedudukan Mursyidul Am dalam hiaraki PAS.UMNO mana ada Mursyidul Am,mereka cuma ada Imam Besar Hadari dan Mufti Cari Makan.Jin Shamsuddin ni ingat nak satukan Melayu ni macam guna tangkal Panca Delima.Melayu sudah pun bersatu dibawah Pakatan Rakyat,yang masih belum sadar cuma UMNOputra.Sukar UMNOputra ni nak bercampur dengan Melayu lain sebab kena cuci bau tahi dulu.Mahathir Kutty pun akui kebusukan ni.

    ReplyDelete

Kalau boleh jangan la komen sebagai Anonymous, bagi yang tak reti caranya senang ja, klick kat 'v' yg dalam kotak sebelah kanan 'Select profile' lepas tu klick kat 'Name/URL' lepas tu isi la nama, URL tu tak isi pun takpa,lepas tu klik kat 'Continue' lepas tu lantak hangpa, kalau aku rasa tak sesuai aku padam... hak komen hak hangpa... hak nak siar hak AKU.. jadi kalau nak bagi komen hangpa keluaq.. KOMEN laa elok-elok... nak kutuk pon tak apa tapi jaga BUDI BAHASA... OK Pengkomen guna Anonymous akan di padam itu hak aku.