Tuesday, April 13, 2010

Pakatan Rakyat Tidak Rela Wang Rakyat Dibayar Kepada Israel-Zionis


AMPANG 12 APR: Pimpinan Pakatan Rakyat sama sekali tidak akan merelakan wang rakyat digunakan untuk membayar sebuah firma yang terang-terangan didalangi pimpinan Israel-Zionis.

Bercakap depan kira-kira 1,000 penduduk sekitar Taman Chempaka Perdana di sini, Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid menegaskan latar belakang dan modus operandi APCO Worldwide jelas diragui.

"Lembaga Pengarah APCO ini merencanakan One Israel. Ini bukan kebetulan sebab itu, kita tidak mengizinkan duit rakyat dibayar kepada manusia Israel-Zionis," katanya dengan lantang.

Beliau kesal kerana Malaysia tiada hubungan diplomatik dengan Israel sebaliknya kerajaan Umno-Barisan Nasional melantik APCO Worldwide sekaligus bersahabat dengan segala bentuk kezaliman Israel terhadap rakyat Palestin.

"Dalam masa sama, kerajaan Umno BN mengambil APCO Worldwide menjadi penasihat komunikasi, maknanya APCO dibayar dalam membantu gerak kerja negara.

"Satu tangan kita serang bermati-matian (isu melibatkan kekejaman Israel) di peringkat antarabangsa, satu tangan kita angkat mereka menjadi penasihat negara," kata Abdullah Sani lagi.

Turut berucap ialah Datuk Seri Nizar Jalaludin yang terkilan kerana pimpinan Umno BN menggunakan wang rakyat yang majoriti beragama Islam untuk disalur kepada dana Israel-Zionis.

"Umno tahu mereka berinteraksi dengan syarikat yang berpangkalan di Tel Aviv. Mereka turut mengesa kerajaan Malaysia dan Parlimen meluluskan bayaran lebih RM20 juta kepada Asiasoft," katanya.

TVSelangor.com

No comments:

Post a Comment

Kalau boleh jangan la komen sebagai Anonymous, bagi yang tak reti caranya senang ja, klick kat 'v' yg dalam kotak sebelah kanan 'Select profile' lepas tu klick kat 'Name/URL' lepas tu isi la nama, URL tu tak isi pun takpa,lepas tu klik kat 'Continue' lepas tu lantak hangpa, kalau aku rasa tak sesuai aku padam... hak komen hak hangpa... hak nak siar hak AKU.. jadi kalau nak bagi komen hangpa keluaq.. KOMEN laa elok-elok... nak kutuk pon tak apa tapi jaga BUDI BAHASA... OK Pengkomen guna Anonymous akan di padam itu hak aku.