Tuesday, April 13, 2010

KAN DAH BERTAMBAH BERCELARU LAGI APA NAK JADI !!!


Majlis Perundingan Agama Budha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao (Mccbchst) membidas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang merujuk Jawatankuasa Khas Perundingan Antara Agama yang ditubuhkan sebagai 'tidak penting'.

Bercakap kepada pemberita di Sungai Buaya, Hulu Selangor, semalam, Muhyiddin berkata panel itu dianggotai oleh mereka yang tidak akan mengancam kedudukan Islam kerana ia bukannya satu suruhanjaya.

"Jawatankuasa ini dibuat dalam bentuk pentadbiran di bawah Jabatan Perdana Menteri, mungkin ada hasil-hasil perbincangan yang boleh digunakan sebagai panduan untuk tambah baik perhubungan antara kaum yang boleh kita ambil.

"Tetapi soal-soal tentang kedudukan agama Islam itu tidak akan disentuh, kedudukan dan martabatnya tidak akan disentuh, kita kena hormat antara agama dan wujudkan semangat kerjasama," katanya lagi.

Menurut kenytaan media yang dikeluarkan oleh Mccbchst, malam semalam adalah sukar bagi Jawatankuasa Khas Perundingan Agama itu meneruskan tugas mereka bagi memupuk keharmonian dan kefahaman antara agama jika kenyataan Muhyiddin itu tidak dijelaskan.Pandang rendah

Menurut kenyataan yang ditandatangani oleh Dr Thomas Philips selaku presiden majlis itu, adalah amat dikesalkan kerana kenyataan itu dikeluarkan oleh seorang menteri kabinet, lebih-lebih lagidaripada timbalan perdana menteri yang memandang rendah terhadap pemimpin yang berlainan agama di negara ini.

Katanya, perwakilan pelbagai agama dalam Mccbchst komited bagi mengadakan dialog ikhlas dan berterus terang dengan agama lain di meja rundingan secara saksama.

Mccbchst juga berharap menteri yang bertanggungjawab terhadap integrasi dan perpaduan nasional akan menjelaskan perkara berkenaan sebelum jawatankuasa khas itu boleh meneruskan tugasnya dengan kredibel.

Semalam, Jawatankuasa Fatwa Perak yang bersidang dari Selasa hingga Khamis lalu membantah penubuhan Jawatankuasa Perhubungan Antara Agama yang diluluskan jemaah menteri.

Pengerusinya yang juga Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, berkata perbincangan mengenai agama Islam tidak memerlukan campur tangan bukan Islam.

Harussani berkata, ia bukan medium yang sesuai kerana dibimbangi akan wujud tuntutan tidak munasabah di kalangan penganut agama lain.

Jawatankuasa yang ditubuhkan pada Februari lalu itu diketuai bekas Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Ilani Isahak.

Ahad lalu, Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) juga mempersoalkan pembentukan Jawatankuasa Kerja Perhubungan Antara Agama dan menentang penubuhan itu.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali juga mempertikaikan kebijaksanaan meletakkan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Koh Tsu Koon menyelia jawatankuasa itu selaras dengan tugasnya yang bertanggungjawab terhadap Jabatan Pepaduan dan Integrasi Kaum.

Malaysiakini

No comments:

Post a Comment

Kalau boleh jangan la komen sebagai Anonymous, bagi yang tak reti caranya senang ja, klick kat 'v' yg dalam kotak sebelah kanan 'Select profile' lepas tu klick kat 'Name/URL' lepas tu isi la nama, URL tu tak isi pun takpa,lepas tu klik kat 'Continue' lepas tu lantak hangpa, kalau aku rasa tak sesuai aku padam... hak komen hak hangpa... hak nak siar hak AKU.. jadi kalau nak bagi komen hangpa keluaq.. KOMEN laa elok-elok... nak kutuk pon tak apa tapi jaga BUDI BAHASA... OK Pengkomen guna Anonymous akan di padam itu hak aku.