![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjGHtR4UyX0r1C-4wQN6BzHvIIfs2ypAeMbyGhznU5SLkGovotoHreSFJ-wADnjm7oPoWn0wHK_Ah7jX-zpJlhxZZQ5Gv6YmbFpaBwuxvHAZM7I2x1adPFFvYBSyxb-UfhbjRlGITeYNsE/s400/makan.jpg)
Seseorang yang berpuasa seharusnya menjaga adab-adab puasa supaya puasanya akan meninggalkan kesan yang baik kepada dirinya. Antara adab-adab yang perlu dijaga ialah:
* Menjauhkan diri dari segala yang merosakkan puasa seperti mengumpat, mencela, memaki hamun, berdusta dan lain-lain lagi.
* Mengurangkan makan dan minum ketika berbuka dan bersahur. Puasa seseorang itu tidak memberi erti sekiranya tabiat tamak dan rakus masih diamalkan semasa melakukan puasa.
* Mengurangkan tidur terutamanya di siang hari supaya segala keletihan dan kepenatan berpuasa dapat dirasai dan dihayati sehingga falsafah ibadah puasa itu dapat direalisasikan.
* Menahan diri dari melakukan kerja-kerja hina yang bertentangan dengan hukum Allah s.w.t seperti mencuri, melihat filem lucah dan sebagainya yang membawa kepada kurangnya pahala puasa.
* Mengenangkan bencana yang amat dahsyat di hari akhirat nanti.
* Sentiasa mengharapkan agar Allah s.w.t menerima ibadah puasa yang telah dilakukan, dengan itu ia perlu melakukan dengan cara yang betul dan bersungguh-sungguh
Posted by Saidi
No comments:
Post a Comment