Saturday, January 11, 2014

Perkenal kembali ISA orang habis modal – TG Nik Aziz

KUALA LUMPUR: Musyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan cadangan untuk memperkenalkan kembali Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ialah cadangan orang yang kehabisan modal untuk bercakap.

“Bayangkan sendiri jika anda ataupun anak-anak ditangkap di bawah ISA tanpa diberikan ruang untuk membela diri, apa perasaan pada masa itu?” tanya beliau menerusi tulisan di facebook.

Beliau menegaskan bahawa ISA ialah undang-undang kejam dan tidak bertamadun.

Justeru, kata beliau, untuk menyelesaikan konflik, boleh gunakan saluran undang-undang yang ada.

Jelasnya, Islam sendiri mengajar tiga kaedah perlu diambil apabila berlaku pertembungan; menyeru dan menjelaskan dengan berhikmah, menggunakan peringatan yang baik dan berdebat dengan menggunakan hujah.

“Ini yang disyorkan oleh Islam. Jika segala ruang perbincangan telah digunakan, saluran undang-undang menjadi pilihan. Itupun melalui perbicaraan yang adil,” ujarnya.

Masalahnya, kata beliau ruang perbincangan tidak dibuka, perdebatan yang matang langsung tidak berlaku bahkan perbicaraan yang adil hanya tinggal mimpi sahaja, alih-alih ISA mahu digunakan.

No comments:

Post a Comment

Kalau boleh jangan la komen sebagai Anonymous, bagi yang tak reti caranya senang ja, klick kat 'v' yg dalam kotak sebelah kanan 'Select profile' lepas tu klick kat 'Name/URL' lepas tu isi la nama, URL tu tak isi pun takpa,lepas tu klik kat 'Continue' lepas tu lantak hangpa, kalau aku rasa tak sesuai aku padam... hak komen hak hangpa... hak nak siar hak AKU.. jadi kalau nak bagi komen hangpa keluaq.. KOMEN laa elok-elok... nak kutuk pon tak apa tapi jaga BUDI BAHASA... OK Pengkomen guna Anonymous akan di padam itu hak aku.