Thursday, January 16, 2014

Pemuda Umno beri amaran jangan main isu kangkung

Pemuda Umno negeri itu mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan sekumpulan kecil penyokong PKR yang mempermainkan Najib dengan kangkung.
Mohd Johari menyifatkan perbuatan Adun Machang Bubuk, Pulau Pinang dari PKR menyumbat masuk sayur kangkung ke mulut replika perdana menteri merupakan tindakan mentaliti kelas rendah.
"Ia biadap dan kurang ajar," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

JANUARY 16, 2014
Kangkung disumbat dalam mulut patung Najib di Machang Bubuk, Pulau PinangKangkung disumbat dalam mulut patung Najib di Machang Bubuk, Pulau PinangPergerakan Pemuda Umno Terengganu meminta semua pihak agar segera berhenti mempolitikkan isu sayur kangkung dalam semua saluran media.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh ketuanya, Mohd Johari Abu Bakar, mereka berkata, Pemuda sanggup berdepan dengan sesiapa sahaja untuk mempertahankan pemimpin negara daripada dihina dan dikotak-katikkan.
"Pergerakan Pemuda Umno negeri ingin memberi amaran agar tidak lagi melakukan penghinaan kepada pemimpin negara atau mereka perlu berdepan dengan Pemuda Umno jika masih berdegil," kata kenyataan itu.
Kangkung menjadi bahan untuk mempermainkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sehingga ke seluruh dunia apabila BBC London juga melaporkan perkara ini.
Najib membuat kenyataan baru-baru ini berkenaan harga kangkung yang turun dan meminta rakyat agar memuji kerajaan.
Kenyataan beliau telah dimuatnaik ke laman video YouTube dan mendapat tontonan ramai yang juga turut memerli beliau di laman media sosial.
Ekoran itu, laman berita antarabangsa BBC telah melaporkan tentang kejadian tersebut dengan tajuk "Berhati-hati apabila bercakap tentang kangkung" melalui BBC Trending.


4 comments:

  1. baru macai mau menyalak daa ! ABU & kangkung tak dapat dipisahkan !

    ReplyDelete
  2. siapa makan kangkung mesti kena ISA mulai sekarang. Takutnya Takutnya

    ReplyDelete
  3. Tukar isu boleh tak? Dari kang-Kung kpd Kang-Kang.... baru pencacai seronok.

    ReplyDelete
  4. Tarian punggung tak biadap ke, mcm mana pula dgn memanggil TGNA sebagai Pork Nik..takbir jadi takebeer sebar video lucah pelakon murahan, dan banyak lagi yang lebih biadap dari puak puak kamu??

    ReplyDelete

Kalau boleh jangan la komen sebagai Anonymous, bagi yang tak reti caranya senang ja, klick kat 'v' yg dalam kotak sebelah kanan 'Select profile' lepas tu klick kat 'Name/URL' lepas tu isi la nama, URL tu tak isi pun takpa,lepas tu klik kat 'Continue' lepas tu lantak hangpa, kalau aku rasa tak sesuai aku padam... hak komen hak hangpa... hak nak siar hak AKU.. jadi kalau nak bagi komen hangpa keluaq.. KOMEN laa elok-elok... nak kutuk pon tak apa tapi jaga BUDI BAHASA... OK Pengkomen guna Anonymous akan di padam itu hak aku.