Saturday, December 7, 2013

Najib PM pertama dalam dunia kut? cerita jasa isteri huhuhu

Kalau bab jasa ini, Rasnya Khadijah lagi banyak jasa dan pengorbanan riwayat menyebut Khadijah berkata: “Ambillah tulang belulangku, ambillah tulang belulangku. Aku sudah tidak ada apa lagi ya Rasul. Hanya yang ada tulang belulang ini. Ambillah ia setelah aku wafat. Jadikan ia jambatan untuk sahabatmu pergi berjihad.”

Malaysiakini melapurkan:

Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak menceritakan bahawa isterinya Datin Seri Rosmah Mansor telah menelefon isteri bekas kepada presiden Mesir Suzanne Mubarak bagi membebaskan seorang pelajar Malaysia yang dituduh perisik.

Najib berkata sewaktu Operasi Piramid pelajar tersebut dituduh sedemikian dan kemudiannya dihumban ke penjara.

Perdana menteri berkata ia merupakan salah satu daripada dua jasa Rosmah yang tidak pernah dimaklumkan kepada sesiapa sewaktu operasi itu dijalankan dua tahun lalu.

NONE"Saya minta isteri saya menelefon isteri presiden Suzanne, merayu untuk membebaskan (pelajar itu), dalam dua jam, pelajar kita dibebaskan," katanya.

Bagi jasa kedua, Najib berkata semasa operasi yang berjalan, Najib berkata isterinya juga memohon jasa baik kerajaan Arab Saudi dengan "jaringan" dengan keluarga diraja, membolehkan pelajar Malaysia dapat singgah di Jeddah tanpa visa

"Ia diusahakan oleh isteri saya kepada pelajar-pelajar kita. Malah dua kapal terbang Jumbo disediakan secara percuma bawa balik pelajar kita.

"Belum pernah saya beritahu tapi ia adalah sumbangan isteri saya kepada rakyat Malaysia," kata Najib.

"Ada bayar, bayaranlah malam ni," kata Najib sambil diiringi gelak ketawa perwakilan

No comments:

Post a Comment

Kalau boleh jangan la komen sebagai Anonymous, bagi yang tak reti caranya senang ja, klick kat 'v' yg dalam kotak sebelah kanan 'Select profile' lepas tu klick kat 'Name/URL' lepas tu isi la nama, URL tu tak isi pun takpa,lepas tu klik kat 'Continue' lepas tu lantak hangpa, kalau aku rasa tak sesuai aku padam... hak komen hak hangpa... hak nak siar hak AKU.. jadi kalau nak bagi komen hangpa keluaq.. KOMEN laa elok-elok... nak kutuk pon tak apa tapi jaga BUDI BAHASA... OK Pengkomen guna Anonymous akan di padam itu hak aku.