Seramai 16 peserta 'flashmob' termasuk seorang wanita dan kanak-kanak
ditahan sewaktu mengadakan 'flashmob' di hadapan gedung membeli-belah
Sogo sekitar jam 2.50 petang tadi.
Mereka ditahan sewaktu mengadakan acara tersebut menjelang himpunan Black 505 di Padang Merbok pada 22 Jun ini.
Di antara yang terawal ditahan adalah Pengarah Propaganda NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Edy Noor Reduan
Menurut
seorang pegawai polis memaklumkan bahawa mereka di bawa ke ke Ibu
Pejabat Daerah Dang Wangi, dengan kenderaan Black Maria untuk tindakan
lanjut.
Selepas kenderaan itu beredar, aktivis pelajar Ekhsan
Bukharee dan seorang peserta lagi kemudiannya ditahan selepas membuat
pengumuman supaya orang ramai berhimpun di depan balai Dang Wangi
sebagai tanda solidariti kepada 14 orang yang ditangkap.
Mereka dibawa IPD Dang Wangi dengan berjalan dalam keadaan bergari dan diiring dua anggota polis.
Penahanan
tersebut berlaku selepas kira-kira 30 peserta 'flashmob' berkenaan
menyeru orang ramai supaya turun ke himpunan membantah dakwaan
berlakunya penipuan dalam pilihan raya umum lalu.
Mereka berdiri
di hadapan gedung Sogo berhadapan Jalan Tuanku Abdul Rahman selama
kira-kira 30 minit bermula sekitar jam 2.15 petang.
Sebahagian daripada mereka memegang plakad bertulisan 'Pengerusi SPR sila letak jawatan' dan 'Mari turun 22 Jun Blackout'.
Kira-kira
30 orang termasuk petugas media kini berada di hadapan ibu pejabat
polis ini untuk mengetahui perkembangan lanjut mereka yang ditahan.
Aktivis mahasiswa, Adam Adli adalah antara yang menunggu di hadapan balai ketika ini.
Seorang peguam, New Sin Yew yang tiba di pintu masuk IPD Dang Wangi itu untuk menemui mereka yang ditahan polis.
Anggota
polis yang berkawal di pintu masuk tidak membenarkan New masuk atas
alasan beliau perlu menunggu arahan pegawai atasan sebelum dibenarkan
berbuat demikian.
"Saya kenal Eddy secara peribadi dan saya di sini untuk menemui beliau," katanya.
Beliau kemudiannya dibenarkan masuk selepas bertegas mahu membuat laporan kerana dihalang mewakili mereka yang ditahan
http://www.malaysiakini.com/news/233011
No comments:
Post a Comment
Kalau boleh jangan la komen sebagai Anonymous, bagi yang tak reti caranya senang ja, klick kat 'v' yg dalam kotak sebelah kanan 'Select profile' lepas tu klick kat 'Name/URL' lepas tu isi la nama, URL tu tak isi pun takpa,lepas tu klik kat 'Continue' lepas tu lantak hangpa, kalau aku rasa tak sesuai aku padam... hak komen hak hangpa... hak nak siar hak AKU.. jadi kalau nak bagi komen hangpa keluaq.. KOMEN laa elok-elok... nak kutuk pon tak apa tapi jaga BUDI BAHASA... OK Pengkomen guna Anonymous akan di padam itu hak aku.