Firaun hampir tenggelam berkatalah ia (pada
saat yang genting itu): "Aku percaya, bahawa tiada Tuhan melainkan yang
dipercayai oleh Bani Israil, dan aku adalah dari orang-orang yang
berserah diri (menurut perintah)".
(Allah berfirman): "Adakah
sekarang (baru engkau beriman), padahal sesungguhnya engkau dari dahulu
telah kufur derhaka, dan engkau telahpun menjadi dari orang-orang yang
melakukan kerosakan
ERLUN - Umno boleh memperkenalkan hukum hudud jika Pas bergandingan
dengan parti teras Barisan Nasional (BN) itu, dengan membangunkan sebuah
negara Islam.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Umno amat
mengalukan-alukan penyertaan Pas dalam parti itu jika ia berpisah dari
Pakatan Rakyat (PR).
Beliau berkata, pelaksanaan hudud hanya dapat dilakukan jika Pas
menyertai Umno untuk bersama-sama membina negara dan menggubal
perundangan Islam.
“Sebelum itu, kita harus pastikan hudud yang akan dilaksanakan adalah
bukan hudud Pas, sebaliknya hukum hudud yang ditetapkan oleh agama
Islam.
“Pas harus keluar dari PR secepat mungkin kerana mereka saling
berpelukan dengan orang kafir yang secara nyata menolak hudud,” katanya
kepada Sinar Harian selepas majlis sumbangan dan berbuka puasa peringkat
Dewan Undangan Negeri (Dun) Ayer Hitam, di Masjid Pekan Jerlun, di
sini, semalam.
Sehubungan itu, Dr Mahathir berkata, sudah tiba masanya Pas
meninggalkan PR dan menetapkan pendirian sebagai sebuah parti yang
memperjuangkan Islam.
“Apabila Pas meninggalkan PR yang disertai parti bukan Islam, baru
mereka boleh meneruskan perjuangannya yang didokong selama ini.
“Selagi Pas bersama parti yang tidak mengakui Islam adalah agama unggul, hukum hudud tidak dapat di laksanakan,” katanya.
Menurutnya, dunia mengiktiraf Malaysia adalah sebuah negara Islam
tetapi ia tidak dapat melaksanakan hudud kerana Malaysia mempunyai
kehidupan masyarakat yang berbilang kaum dan agama.
“Umno akan mewujudkan sebuah negara Islam yang lengkap jika Pas berbesar hati untuk menyertai Umno.
“Negara Islam lain juga menaruh harapan kepada Malaysia, namun masih
ada orang yang cuba memecahbelahkan orang Islam. Oleh kerana itu hajat
kita tidak tercapai.
“Untuk membina sebuah negara Islam, orang Melayu harus bersatu dalam satu pakatan dan membangunkannya secara lengkap.
“Kita tidak usah mempedulikan orang yang memperjuangkan hanya untuk
menjadi Perdana Menteri, sebaliknya semua orang Melayu dan Islam mesti
bersatu untuk membina sebuah negara Islam dan melaksanakan hudud,”
katanya.
http://www.sinarharian.com.my/politik/hudud-boleh-dilaksana-jika-pas-sertai-umno-1.77519
Umno mula memancing Undi. Niat bukan untuk laksanakan hudud, tetapi lebih kepada dendam beliau kepada DSAI. Siapa tidak kenal mahathir, kalau dia telah tidak suka, ditendang begitu sahaja.
ReplyDeleteKepada PAS, sesungguhnya Allah telah mengurniakan PAS sebuah kapal MEWAH DAN BESAR, KAPAL YANG PENUH KEBERKATAN ALLAH TELAH BERIKAN KEPADA PAKATAN RAKYAT (PAS, PKR, DAP).
Maka, teruskanlah langkah PAS bersama PAKATAN RAKYAT. Rakyat tidak mahu, PISANG BERBUAH DUA KALI.
CONTOH SUDAH DI DEPAN MATA, SEPERTI MANA DSAI DAHULU, BILA TIDAK SEHALUAN DENGAN KEHENDAK MAHATHIR (OMNO/BN), DISEPAK, DIPENJARAKAN, DIHINA, DITELANJANGKAN, DI AIBKAN SEDEMIKIAN RUPA. KINI MEMPELAWA PAS, PULA MASUK UMNO, KONONNYA NAK LAKSANAKAN HUDUD.
JANGAN DIPERMAINKAN ISU HUDUD SEDEMIKIAN RUPA, KERANA INGIN TERUS BERKUASA.
INGAT PESAN ALMARHUM USTZ FADHIL NOOR.
Kami rayat menolak kerjasama dengan UMNO. Kami memilih PR untuk memastikan kami rakyat mempunyai pilihan sewaktu pilihanraya. Tawaran kepada PAS dengan niat untuk menguburkan PAS. Kalau UMNO menang dengan undi besar tawaran ini tidak akan dibuat. Pemimpin PAS pula jangan khianati pilihan rakyat. Rakyat boleh undi BN kalau mereka mahu. Tapi kami pilih PR.
ReplyDeleteSelama ini kami telah undi BN. Apa yg kami dapat.
A. Kami dapat harga barang melambung
B. Kami dapat PTPTN yang membebankan
C. Kami dapat harga rumah yg sangat mahal
D. Kami dapat berbgai jenis cukai yg menyusahkan
E. Kami dapat pemimpin yg menjadi kaya raya dengan sekelip mats
F. Kami dapat pemimpin yg ego sombong dan bongkak
G. Kami dapat pemimpin yg medahulukan dirinya
H. Kami dapat sisa-sisa.
Setelah pemimpin UMNO kata PAS ( PARTI AJARAN SESAT ) la ni nak berbaik pula dengan PAS.Wahai pemimpin PAS, jangan dilayan tipu muslihat pemimpin UMNO ni.TAPI kalau nak marasa lagi PAS ditendang macam ANJING KURAP setelah UMNO kuat..........haaaaaaa joint lah dengan UMNO LANATULLAH.
ReplyDeleteSekiranya PAS mengkhianati undi rakyat yg memilih PR terdiri dari pelbagai kaum, PAS akan jadi macam MCA,MIC & gerakan dlm bn. PAS akan ditolak oleh rakyat pd PRU14 nanti kerana mempermainkan mereka.
ReplyDeleteInilah kerja umno yg diwarisi dari penjajah iaitu pecah & perintah. Ingat rakyat tolak umno/bn kerana korup, salahguna kuasa dan kroni bukan terlalu taksub kpd PR.
Saya dan ramai lagi akan keluar dari PAS sekiranya PAS bersekongkol dgn umno/bn. Org Islam tidak dipatuk dua kali dari lubang yg sama. Madey kutty pengkhianat negara yg diasuh oleh yahudi.
tanpa PAS pun umno boleh buat hudud kan...Diakan berkuasa penuh sekarang.
ReplyDeleteApalagi tunggu Hadi Awang Mahadey telah buka pintu untuk Hudud,masa dalam berkempen hari tu sebok sangat bercakap pasal hudud sekarang fir'aun telah buka pintu masuklah moga-moga jawatan menteri telah menunggu dan boleh bawa balik bersama Nasharudin dan pengikutnya termasuk Hassang Aqidah JATI.
ReplyDeleteI am Chinese will lost respect in PAS because PAS betrayed the rakyat's trust. Bear in mind, UMNO has its evil agenda in making this proposal and it is not sincere at all.
ReplyDeletehudhud boleh dilaksanakan tanpa perlu pas sertai umno...
ReplyDeleteamnu bawak je usul hudhud ke parlimen... pas boleh je undi menyokong, dengan 133 undi bn, dan 21 undi pas, sudah jadi 154 [148 untuk 2/3].
takde keperluan pun gabung-gabung ni, bawak je usul hapuskan GST, AES, mesti je orang sokong... dap pun akan sokong kalau bawak usul hapuskan GST, AES... kalau tak sokong, DAP pun sama bangang lah...
hai tak kan pas nak pi join omno hudud boleh omno usulkan untuk disokong oleh pas tanpa perlu join. umpan busuk juga di gunakan lupakan lah dalam pkr pun ada orang Islam wat tak ajak join sama nampak sangat hati busuk tu
ReplyDeleteNi la tanda2 akhir zaman... org yg bukan ahli ttg agama bercakap seolah-olah dia mmg hebat pasal agama... inilah yg boleh mengelirukn n menyesatkn org ramai terutama yg kurang ilmu... dah terang lg nyata yg najeeb umnoo dh ckp yg umnoo beend xkn laksana hudud... so mmg org tua nih saja nk pecahkan pakatan... so klu org tua nih bebenar islam n nk tolong islam... tlg sepakat dgn geng umnoo utk bubarkn ajer umnoo tuh n terus join masuk pas tanpa syarat...
ReplyDeleteopen your mind. sebagai org islam, kita jangan gaduh, dengki mendengki, dendam menendam. bila dia ajak bersatu tu..tentu dia nak satukan org islam..xde agenda pun lagi pun dia dah tua..nak buat apa nak buat dosa. lagipun kalau ye lah PAS nak pastikan hukum hudud..start dikelantan x payah nak tunggu2 lagi. Bila ada contoh yg baik tentu yg lainnya pasti ikut jua. Saya sokong Pas JALANKAN HUKUM HUDUD DIKELANTAN SERTA MERTA. ALLAHUAKBAR !!
ReplyDelete