Tuesday, April 9, 2013

PRU 13 MAT SABU PENDANG, HUSAM PUTRA JAYA


KUALA LUMPUR: PAS hari ini mengumumkan Timbalan Presiden parti itu Mohamad Sabu akan bertanding di parlimen Pendang, manakala Naib Presiden Datuk Husam Musa di Putrajaya.

Selain itu, dua lagi naib presiden PAS iaitu Datuk Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub masing-masing akan bertanding di parlimen Pokok Sena, Kedah dan Pulai, Johor.

Pengumuman calon-calon tersebut dibuat Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada satu sidang media di pusat media PAS di Pejabat Agung parti itu sebentar tadi.

Turut serta pada sidang media tersebut Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

Pada sidang media sama, Kerabat Diraja Terengganu, Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad turut diumum sebagai calon PAS bagi Parlimen Kuala Terengganu manakala bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari pula di Larut, Perak.

Selain itu, Wan Aishah Wan Arifin juga turut diumum sebagai calon bagi Parlimen Jempol Negeri Sembilan.

No comments:

Post a Comment

Kalau boleh jangan la komen sebagai Anonymous, bagi yang tak reti caranya senang ja, klick kat 'v' yg dalam kotak sebelah kanan 'Select profile' lepas tu klick kat 'Name/URL' lepas tu isi la nama, URL tu tak isi pun takpa,lepas tu klik kat 'Continue' lepas tu lantak hangpa, kalau aku rasa tak sesuai aku padam... hak komen hak hangpa... hak nak siar hak AKU.. jadi kalau nak bagi komen hangpa keluaq.. KOMEN laa elok-elok... nak kutuk pon tak apa tapi jaga BUDI BAHASA... OK Pengkomen guna Anonymous akan di padam itu hak aku.