Tuesday, February 5, 2013

Umno Terpaksa Kitar Ahli PAS Untuk Tebang PAS


Oleh kerana terdesak untuk melawan kebangkitan PAS yang mendapat 
 orang Islam dan bukan Islam, maka Umno terpaksa mengambil ahli dan bekas ahli PAS yang bermasalah.

“Mereka ini sudah dikenali bermasalah di dalam parti. Sekarang mereka menjadi hulu kapak untuk 

menebang PAS,” kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad.

Menurutnya, mereka hanya laku sebelum pilihanraya sahaja, selepas pilihanraya mereka akan

 menjadi sisa toksid yang tidak dipedulikan oleh  Umno lagi.

Katanya, kenapa mereka tidak belajar daripada sejarah orang-orang yang terdahulu yang khianat perjuangan PAS.

“Ada yang berjawatan Yang Dipertua PAS, Panglima Jihad, Setiausaha Agung, Naib Presiden PAS, 

Ahli Majlis Syura, apabila mereka menyertai Umno dan menyokong Umno akhirnya seperti habis madu
 sepah dibuang,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Paling menyedihkan sekali, ujarnya tidak ada kemulian dan penghormatan di kalangan masyarakat, 

hatta ahli Umno sendiri terutama apabila mereka berada di penghujung usia.

Tambahnya, yang paling lucu sekali mereka ini, kononnya tidak puas hati hubungan PAS di dalam

Pakatan Rakyat sedangkan Majlis Syura PAS telah meluluskan tahaluf siasi sejak tahun 1986.

“Merekalah berdegar-degar mempertahankan tahaluf siasi ketika memimpin PAS. Kenapa sekarang 

baru hendak pertikai, setelah tidak berada di dalam saf kepimpinan parti?” tanya Idris.

Bagi beliau, alangkah ruginya usia dan tenaga dihabiskan untuk bersama dengan PAS, tetapi 

Men jadi penentang ketika usia di hujung senja.


“Kenapa tidak bersama dengan Umno ketika usia masih muda dan banyak nikmat dunia 

Boleh  dikecapi?” ujarnya lagi.hd

No comments:

Post a Comment

Kalau boleh jangan la komen sebagai Anonymous, bagi yang tak reti caranya senang ja, klick kat 'v' yg dalam kotak sebelah kanan 'Select profile' lepas tu klick kat 'Name/URL' lepas tu isi la nama, URL tu tak isi pun takpa,lepas tu klik kat 'Continue' lepas tu lantak hangpa, kalau aku rasa tak sesuai aku padam... hak komen hak hangpa... hak nak siar hak AKU.. jadi kalau nak bagi komen hangpa keluaq.. KOMEN laa elok-elok... nak kutuk pon tak apa tapi jaga BUDI BAHASA... OK Pengkomen guna Anonymous akan di padam itu hak aku.