Monday, February 11, 2013

KENAPA TAKUT DIA INI. PUTERI UMNO. MALAYSIA TIDAK WAJAR DERITA KERANA ANUAR



Puteri Umno: Malaysia tidak wajar derita kerana Anwar 10 Februari 2013 Datuk Rosnah
Abdul Rashid Shirlin KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia tidak wajar kehilangan
pekerjaan, kerugian perniagaan, menderita atau bergadai nyawa bagi memastikan
Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pihak pembangkang mencapai cita-cita mereka secara
demonstrasi jalanan, kata Ketua Puteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.
 Beliau berkata,
sekiranya Anwar benar-benar ingin menjadi perdana menteri, beliau perlu melalui cara
demokrasi sebenar, iaitu pilihan raya. Menurut beliau, ketua pembangkang itu tidak perlu
menggunakan alasan mengadakan demonstrasi ala 'Arab Spring' di Malaysia sebagai satu
cara mencapai matlamat tersebut. "Jika, 'Arab Spring' perlu dijadikan contoh teladan seperti
kata Anwar, maka satu-satunya yang boleh diteladani ialah agar tidak mengikut jejak langkah
negara Arab dengan menjatuhkan kerajaan melalui pemberontakan. "

http://www.sinarharian.com.my/politik/puteri-umno-malaysia-tidak-wajar-derita-
kerana-anwar-1.130052

No comments:

Post a Comment

Kalau boleh jangan la komen sebagai Anonymous, bagi yang tak reti caranya senang ja, klick kat 'v' yg dalam kotak sebelah kanan 'Select profile' lepas tu klick kat 'Name/URL' lepas tu isi la nama, URL tu tak isi pun takpa,lepas tu klik kat 'Continue' lepas tu lantak hangpa, kalau aku rasa tak sesuai aku padam... hak komen hak hangpa... hak nak siar hak AKU.. jadi kalau nak bagi komen hangpa keluaq.. KOMEN laa elok-elok... nak kutuk pon tak apa tapi jaga BUDI BAHASA... OK Pengkomen guna Anonymous akan di padam itu hak aku.