Friday, November 30, 2012

Sepina Perancis untuk Najib dalam proses?



Hakim Mahkamah Perancis mengesahkan sepina untuk saksi kedua kes rasuah pembelian kapal selam Scorpene akan dikeluarkan dalam beberapa minggu lagi, kata Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gabriel. Menurutnya, kemungkinan besar sepina tersebut akan dikeluarkan sama ada kepada Razak Baginda atau Perdana Menteri, selepas sepina pertama kepada Jasbir Singh Chal Jun lalu.
Jasbir merupakan individu yang dikatakan berperanan penting dalam pembelian kapal selam itu.
“Nama saksi hanya akan diumum selepas (sepina) keluar. Tetapi pada masa sama, kita tahu ada tiga saksi yang diutamakan iaitu Jasbir, Razak Baginda dan Datuk Seri Najib Razak,” katanya kepada Keadilan Daily.
Beliau menjelaskan demikian pada majlis pelancaran buku kartun terbaru kartunis Zunar bertajuk ‘Hikayat Pak Monggol dan Scorpene’ di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor malam tadi.

Baca lagi:LAMAN KL-TODAY.COM 

No comments:

Post a Comment

Kalau boleh jangan la komen sebagai Anonymous, bagi yang tak reti caranya senang ja, klick kat 'v' yg dalam kotak sebelah kanan 'Select profile' lepas tu klick kat 'Name/URL' lepas tu isi la nama, URL tu tak isi pun takpa,lepas tu klik kat 'Continue' lepas tu lantak hangpa, kalau aku rasa tak sesuai aku padam... hak komen hak hangpa... hak nak siar hak AKU.. jadi kalau nak bagi komen hangpa keluaq.. KOMEN laa elok-elok... nak kutuk pon tak apa tapi jaga BUDI BAHASA... OK Pengkomen guna Anonymous akan di padam itu hak aku.