Thursday, November 29, 2012

Nak termunath aku baca:Najib minta maaf kesilapan lalu, mahu rakyat terus sokong BN

10 Jari disusun Najib kome: "Di atas segalanya, sebagai kepimpinan parti dan kerajaan, kami menyusun jari nan sepuluh memohon maaf atas kekhilafan

Najib minta maaf kesilapan lalu, mahu rakyat terus sokong BN

Najib minta maaf kesilapan lalu, mahu rakyat terus sokong BN
Najib memeriksa perbarisan sempena perasmian Perhimpunan Agung Umno 2012, hari ini. - Foto Sinar Harian oleh Rosli Talib
KUALA LUMPUR - Sambil menegaskan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) bukan "pilihan raya yang biasa", Datuk Seri Najib Tun Razak meminta maaf atas kekhilafan yang wujud masa-masa lalu.

Dilihat cuba menjelaskan bahawa pengundi tidak sewajarnya menghukum atas kesilapan dan kelemahan yang wujud sebelum ini pada PRU13, Presiden Umno berkata, "bumi mana tak ditimpa hujan, laut mana tidak bergelora, bahagian dunia manakah yang wujudnya orang, atau pimpinan, atau persyarikatan atau parti yang tidak pernah tersandung atau tersalah."

"Di atas segalanya, sebagai kepimpinan parti dan kerajaan, kami menyusun jari nan sepuluh memohon maaf atas kekhilafan," kata beliau yang awal tahun ini pernah menzahirkan perkara yang sama di Selangor dan Kedah.

Dalam ucapan dasar yang disampaikan pada Perhimpunan Agung Umno 2012 di Dewan Merdeka, Najib berkata, Umno tidak akan membiarkan negara ini hancur dan runtuh di sebabkan tindak tanduk pihak yang mentabur fitnah.

"Sudah barang pasti Umno tidak akan membiarkan semua itu berlaku. Jika kita kehilangan harta, ia boleh dicari ganti. Jika kita hilang darjat kedudukan, ia dapat dipulih semula.
Kome bacalah lagi sini: http://www.sinarharian.com.my/politik/najib-minta-maaf-kesilapan-lalu-mahu-rakyat-terus-sokong-bn-1.108179

4 comments:

  1. banyak senang buat salah aje minta maaf.celaka anak haram punya umno lakhanatullh ni.tunggu aku nak kamu hukum pengkhianat durjana ni tak kan terlepas begitu saja

    ReplyDelete
  2. Ya Dato' .. saya mewakili rakyat Malaysia yg bkn BN akan memaafkan 1000000% UMNO/BN slps:

    1) BN menjadi pembangkang di Parlimen dan

    2) Melepasi segala TAPISAN oleh mahkamah. Hanya individu yg tidak BERJAYA shj akan dimaafkan. Bagi individu yg BERJAYA, tahniah kerana anda berjaya memenangi pakej PERCUTIAN di tempay yg terkenal.

    ReplyDelete
  3. eh, apasal kau nak muntah ? kau bunting ke ??

    Aku bimbang Nik Aziz yang selalu keluar masuk ICU tu tak sempat minta maaf jer..

    ReplyDelete
  4. woii..ade org dh marah leeee...hehee

    ReplyDelete

Kalau boleh jangan la komen sebagai Anonymous, bagi yang tak reti caranya senang ja, klick kat 'v' yg dalam kotak sebelah kanan 'Select profile' lepas tu klick kat 'Name/URL' lepas tu isi la nama, URL tu tak isi pun takpa,lepas tu klik kat 'Continue' lepas tu lantak hangpa, kalau aku rasa tak sesuai aku padam... hak komen hak hangpa... hak nak siar hak AKU.. jadi kalau nak bagi komen hangpa keluaq.. KOMEN laa elok-elok... nak kutuk pon tak apa tapi jaga BUDI BAHASA... OK Pengkomen guna Anonymous akan di padam itu hak aku.