Thursday, November 1, 2012

Murid Darjah 6 Jadi Mangsa Kerahan Meramaikan Program Najib.. Ini Buktinya



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu rakyat menghargai pemimpin yang sentiasa amanah dengan tanggungjawab yang diberikan serta menepati janji.

“Kita (pemimpin yang) tidak pernah bercakap bohong, kita bercakap benar, jadi kita mesti faham bahawa apa yang kita lakukan itu memang menepati kehendak agama kita, menepati hadis Rasulullah SAW.

“Ini amanah yang kita galas, tidak pernah khianati dan setiap janji kepada rakyat kita tepati,” katanya dalam ucapan pada majlis Perhimpunan Peladang, Penternak dan Nelayan negeri Kedah di Pantai Merdeka di sini hari ini.

Kira-kira 15,000 orang menghadiri majlis anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani itu.

Najib bercakap soal amanah..

Tapi amanahkah Najib jika beliau menggunakan jawatannya sebagai Perdana Menteri berkempen untuk kepentingan UMNO/BN dalam satu majlis rasmi kerajaan iaitu 'Majlis Perhimpunan Peladang, Penternak dan Nelayan bersama Perdana Menteri?





Amanahkah Najib jika beliau hadir ke majlis rasmi itu sebagai Perdana Menteri tapi disambut sebagai Presiden Parti?








 




Najib bercakap soal amanah tapi dalam masa yang sama beliau sendiri tidak tahu membezakan antara tugas yang diamanahkan sebagai Perdana Menteri kepadanya dan Presiden Parti.

Jika pelajar-pelajar sekolah Menengah digunakan untuk menyambut kehadiran Najib sebagai Perdana Menteri ianya mungkin bukan satu masaalah tapi malangnya mereka digunakan untuk menyambut Najib sebagai Presiden Parti..





Lebih malang lagi.. budak-budak sekolah Rendah Darjah 6 pun dikerah..




Apa kena mengena budak-budak darjah 6 dengan Perhimpunan Peladang, Penternak dan Nelayan bersama Perdana Menteri ni?

Semua gambar-gambar sambutan buat Najib diatas aku rembat dari Blog-blog pencacai UMNO.. surat kerahan untuk murid Tahun 6 di atas darangnya dari (SINI )

2 comments:

  1. ala biasalah bende2 mcm ni...baik pemimpin kerajaan dan pembangkang..sama jer guna budak2...utk politik ...tgk jer putera umno...tgk jer unit amal pas...hampir 60% budak2 yg di jadi budak suruhan

    ReplyDelete
  2. benda paksa dgn sukarela ada bezanya bro...kalau paksa xde keikhlasanya. xkn tu pun x blh nk fikir....fikir guna kepala lutut ke...banganggg memantul2

    ReplyDelete

Kalau boleh jangan la komen sebagai Anonymous, bagi yang tak reti caranya senang ja, klick kat 'v' yg dalam kotak sebelah kanan 'Select profile' lepas tu klick kat 'Name/URL' lepas tu isi la nama, URL tu tak isi pun takpa,lepas tu klik kat 'Continue' lepas tu lantak hangpa, kalau aku rasa tak sesuai aku padam... hak komen hak hangpa... hak nak siar hak AKU.. jadi kalau nak bagi komen hangpa keluaq.. KOMEN laa elok-elok... nak kutuk pon tak apa tapi jaga BUDI BAHASA... OK Pengkomen guna Anonymous akan di padam itu hak aku.