Saturday, November 10, 2012

Hanya BN akan kekalkan sekolah Cina, kata Muhyiddin . SAR APA MACAM TPM BOLEH CERITA SIKIT

Muntah aku dengar kenyataan macam ini. Selalu dengar kat kedai kopi aje baca kitab surat 

khabar, ha ha tngok kalau bukan UMNo siapa nak tolong. Kini pemimpin no 2 mereka pun 

sama

Hanya BN akan kekalkan sekolah Cina, kata Muhyiddin. BN j

uga yang sekat SAR jangan 





lupa..... puittttt. Apa kalau PR mmerintah sekolah cina leboh. ?




SERI KEMBANGAN, 9 Nov — Tan Sri Muhyiddin Yassin (
gambar) berkata hanya kerajaan Barisan Nasional (BN) akan mengekalkan sekolah Cina dan menggesa masyarakat Tiong Hua menolak sikap pembangkang yang mempolitikkan isu pendidikan.
Timbalan perdana menteri (TPM) juga memberi jaminan tidak akan terdapat mana-mana aliran pendidikan yang akan dipinggirkan seiring dengan Pelan Induk Pendidikan Kebangsaan 2013-2025 yang dilancarkan dua bulan lalu.
“Saya memberi jaminan dibawah kerajaan BN, sekolah Cina akan kekal.
“Dan kerajaan kerajaan akan meneruskan usaha untuk membantu pembangunan sekolah jenis kebangsaan Cina berasaskan keperluan sebenar masyarakat Cina,” kata Muhyiddin semasa merasmikan Pesta Buku Cina Sedunia Ke-14 di The Mines petang tadi.
Dalam pada itu, Muhyiddin juga berharap masyarakat Cina tidak terpedaya dengan mainan politik sempit oleh pembangkang.
“Justeru itu, saya berharap masyarakat Cina tidak terperangkap dengan agenda politik pembangkang yang suka mempolitikkan isu pendidikan untuk kepentingan mereka sendiri.
“Janganlah kita memperjudikan masa depan anak kita dan juga negara kita yang tercinta ini,” ujar Muhyiddin lagi.


http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/hanya-bn-akan-kekalkan-sekolah-cina-kata-muhyiddin/

No comments:

Post a Comment

Kalau boleh jangan la komen sebagai Anonymous, bagi yang tak reti caranya senang ja, klick kat 'v' yg dalam kotak sebelah kanan 'Select profile' lepas tu klick kat 'Name/URL' lepas tu isi la nama, URL tu tak isi pun takpa,lepas tu klik kat 'Continue' lepas tu lantak hangpa, kalau aku rasa tak sesuai aku padam... hak komen hak hangpa... hak nak siar hak AKU.. jadi kalau nak bagi komen hangpa keluaq.. KOMEN laa elok-elok... nak kutuk pon tak apa tapi jaga BUDI BAHASA... OK Pengkomen guna Anonymous akan di padam itu hak aku.