Saturday, November 24, 2012

Aduhai Juak UMNO..Nak mengampu pun kena bijak, nak pembohong kena pandai.. Ampu biaq boss selesa, bohong biaq sampai orang percaya...!!!


Pas tolak Anwar...

Salam semua...

Mengampu neh kira-kira tu, satu cara cari makan yang cukup popular lar. Tapi maap la, Pak Long tak dan nak mengaji maqam populariti yang ada kat ampu-mengampu neh. Tapi Pak Long nak pesan la kat para pengampu tak kira la dok belah mana, nak mengampu pun jangan sampai merapu. Nak jek kereta pun agak-agak boleh tukaq tayar dah laa... Mengkalu jek terlebih sampai terkalih kereta, tu nak perlingkup namanya...

Nak mengampu pun kena bijak, nak pembohong kena pandai... Ampu biaq boss selesa, bohong biaq sampai orang percaya...

Dua hari lepaih kot Pak Long terjumpak satu tulisan mamat mana tah dalam sinar. Sedap tulisan dia, tapi tu la... bagi Pak Long, dia neh terlebih ampu sampai dah keperingkat merapu. Dia terlupa satu dari rukun ampu, AMPU tak semestinya kena menipu...

Dia kata Pas tolak Anwar jadi PM. Ok, tak dak masaalah kalau betoi... Tapi masa muktamar Pas baru-baru neh, tak dak pun ketetapan yang depa buat pasai isu tuh... Ianya cuma satu usul dari Dewan Ulamak Pas ja. Depa mau hj Hadi jadi PM pun bukan bermaksud Pas tolak Anwar. Serupa la jugak kalau puak PKR mahu Anwar jadi PM, tak bermaksud PKR tak suka hj Hadi.

Pak Long ngan Mak Long hang ni tak berapa nak ambik peduli sangat bab-bab neh... Sapa naik jadi PM nanti pun, Pak Long dok kena sorang-sorang tarik lembu pi padang gak... Mak Long hang tetap kena meloko jahit baju jugak. Tapi Pak Long pasti, kami sokong tak kira parti... Naik la sapa pun jadi pemerintah, asaikan depa bukan Umno ja... Naik la sapa pun jadi PM, asaikan Islam dan bekerja ikut Al-Quran dan sunnah. Pak Long ngan Mak Long hang teringin sangat nak tengok, sebelum pejam mata neh... Islam terletak berdaulat ditempatnya. Islam memerintah, bukan diperintah...

Lagi pun, parti kalau tak sokong pemimpin depa untuk naik, nak harap sapa sokong? Mampuih keraih la mengkalu nak harapkan Umno sokong... haha...

Wassalam...

http://paklongonline.blogspot.com/

KedahLanie.info

1 comment:

  1. Mamat ni memang pengampu tahap gaban.Tulisan dia cuma ikut lojik UMNO je.Klau baca analisis dia PR ni semua tk betul.Yg betul UMNO/BN je.

    ReplyDelete

Kalau boleh jangan la komen sebagai Anonymous, bagi yang tak reti caranya senang ja, klick kat 'v' yg dalam kotak sebelah kanan 'Select profile' lepas tu klick kat 'Name/URL' lepas tu isi la nama, URL tu tak isi pun takpa,lepas tu klik kat 'Continue' lepas tu lantak hangpa, kalau aku rasa tak sesuai aku padam... hak komen hak hangpa... hak nak siar hak AKU.. jadi kalau nak bagi komen hangpa keluaq.. KOMEN laa elok-elok... nak kutuk pon tak apa tapi jaga BUDI BAHASA... OK Pengkomen guna Anonymous akan di padam itu hak aku.