Friday, November 2, 2012

Ada Berani: Rafizi cabar Nazri ambil tindakan undang-undang

PETALING JAYA - Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli mencabar Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mengambil tindakan undang-undang berhubung pendedahan membabitkan anaknya menggunakan kenderaan mewah yang didakwa milik ahli perniagaan Michael Chia




“Saya dituduh menyebarkan fitnah terhadap Mohamed Nazri, kerana mendakwa mereka menggunakan kenderaan itu dan terbabit dalam rasuah, sekiranya apa yang diperkatakan oleh saya adalah fitnah, saya mencabar beliau untuk mengambil tindakan undang-undang.

“Kami (pembangkang) mempunyai bukti yang kukuh, selain gambar kami juga mempunyai bukti rakaman video mengenai penggunaan `Hammer’ oleh ahli keluarga mereka,” katanya dalam sidang media di sini, semalam.

Dalam sidang media itu, Mohd Rafizi turut menayangkan tujuh klip rakaman video berhubung penggunaan kenderaan mewah itu.



No comments:

Post a Comment

Kalau boleh jangan la komen sebagai Anonymous, bagi yang tak reti caranya senang ja, klick kat 'v' yg dalam kotak sebelah kanan 'Select profile' lepas tu klick kat 'Name/URL' lepas tu isi la nama, URL tu tak isi pun takpa,lepas tu klik kat 'Continue' lepas tu lantak hangpa, kalau aku rasa tak sesuai aku padam... hak komen hak hangpa... hak nak siar hak AKU.. jadi kalau nak bagi komen hangpa keluaq.. KOMEN laa elok-elok... nak kutuk pon tak apa tapi jaga BUDI BAHASA... OK Pengkomen guna Anonymous akan di padam itu hak aku.