Monday, October 8, 2012

Pertandingan Debat Piala Perdana Menteri untuk malukan Najib? - MiLo SuaM


LIHAT gambar di bawah ini baik-baik. Di bawah ini gambar banner promosi Pertandingan Akhir Debat Piala Perdana Menteri yang akan diadakan di Dewan Tungku Canselor Universiti Malaya pada 10 Oktober ini.

Banner promosi ini turut memaparkan gambar Perdana Menteri, Najib Razak yang diketahui umum oleh rakyat Malaysia bahawa beliau tidak berani menyahut cabaran debat oleh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.



Rasanya sudah lebih sepuluh kali Perdana Menteri Malaysia yang lemah ini dicabar untuk berdebat. Alasan popular yang diberikan Najib untuk mengelak daripada berdebat ialah "debat bukan budaya kita".

Terbaru, Anwar Ibrahim menjemput beliau untuk membahaskan Bajet 2013 yang dibentangkan di parlimen pun beliau tak berani, malah sanggup ponteng sidang parlimen.

Nampaknya banner promosi Debat Piala Perdana Menteri ini dengan gambar Najib Razak jelas akan menjadi bahan ketawa mahasiswa dan mahasiswi di universiti serta seluruh rakyat Malaysia

Kalau debat bukan budaya kita, kenapa tak haramkan sahaja Pertandingan Debat Piala Perdana Menteri ini? Kah kah kah...

ReJaM© "Ajur debat Piala Perdana Menteri, tapi Perdana Menteri sendiri takut berdebat... "

Sumber GambarFacebook

Read more: http://milosuam.blogspot.com/2012/10/pertandingan-debat-piala-perdana.html#ixzz28kpyIUJP

1 comment:

  1. 1. Sesapa yang pandai berdolah-dalih dia lah yg menang....

    2. Sesapa yg dapat buktikan jantan takde telor..dia pun menang....

    ReplyDelete

Kalau boleh jangan la komen sebagai Anonymous, bagi yang tak reti caranya senang ja, klick kat 'v' yg dalam kotak sebelah kanan 'Select profile' lepas tu klick kat 'Name/URL' lepas tu isi la nama, URL tu tak isi pun takpa,lepas tu klik kat 'Continue' lepas tu lantak hangpa, kalau aku rasa tak sesuai aku padam... hak komen hak hangpa... hak nak siar hak AKU.. jadi kalau nak bagi komen hangpa keluaq.. KOMEN laa elok-elok... nak kutuk pon tak apa tapi jaga BUDI BAHASA... OK Pengkomen guna Anonymous akan di padam itu hak aku.