Sunday, October 14, 2012

Muslimat sumbang gelang emas RM3,000


PENGKALAN CHEPA: Seutas gelang tangan yang dianggarkan bernilai RM3,000 telah didermakan oleh seorang muslimat untuk dana Pilihanraya Umum 13 bagi Dun Chempaka.

(Tuan Guru Nik Aziz menunjukkan gelang emas yang disumbangkan oleh seorang muslimat)

Pesuruhjaya PAS Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, ketika membuat pengumuman itu memberitahu gelang tangan berkenaan didermakan untuk Muslimat Dun Chempaka.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis Hari Keluarga Mawaddah dan Pertandingan Kerajinan Tangan Dun Chempaka pagi tadi.

Menurutnya, tidak ramai yang sanggup menderma barang kemas yang sering di pakainya, apa lagi dengan kadar harga bukan sedikit.

“Saya serahkanlah pada Muslimat Chempaka, nak buat apa tentang barang kemas ni, nak jual ke atau macamana kemudian masukkan sumbangan itu dalam tabung sebagaimana yang dihajati,”ujarnya.

Beliau juga berkata hanya mereka yang mempunyai keimanan yang tinggi sanggup berbuat demikian tanpa diminta.

Menyentuh tentang keluarga mawaddah hanya Islam sahaja yang tonjolkan perkara berkenaan.

“Yang lain hanya mampu menyogok rakyatnya atau pengikutnya dengan wang ringgit dan kebendaan semata-mata,”ujarnya.

Sempena majlis itu beliau turut menyampaikan sumbangan kepada penerima Skim Az-Ziwaj, selain itu penerima anugerah keluarga mawaddah melalui tiga kategori antaranya zamrud dan delima.

Muslimat sumbang gelang emas RM3,000

No comments:

Post a Comment

Kalau boleh jangan la komen sebagai Anonymous, bagi yang tak reti caranya senang ja, klick kat 'v' yg dalam kotak sebelah kanan 'Select profile' lepas tu klick kat 'Name/URL' lepas tu isi la nama, URL tu tak isi pun takpa,lepas tu klik kat 'Continue' lepas tu lantak hangpa, kalau aku rasa tak sesuai aku padam... hak komen hak hangpa... hak nak siar hak AKU.. jadi kalau nak bagi komen hangpa keluaq.. KOMEN laa elok-elok... nak kutuk pon tak apa tapi jaga BUDI BAHASA... OK Pengkomen guna Anonymous akan di padam itu hak aku.