Thursday, October 11, 2012

Mayat bayi lelaki ditemui di masjid - Malaysiakini


Seorang ahli kariah Masjid Ar-Rahman, Alor Merah di Alor Setar tidak menyangka beg plastik yang ditemui di hadapan tandas wanita masjid itu malam tadi mengandungi mayat bayi lelaki.
    
Ishak Chin, 54, berkata dia menyangkakan beg plastik itu berisi sampah namun sangkaannya meleset.

"Selepas menunaikan solat Isyak kira-kira pukul 8.45 malam tadi, saya pergi menutup pintu pagar di tepi masjid dan saya ternampak plastik tersebut.
    
“Pada awalnya saya sangkakan beg berwarna coklat gelap itu berisi sampah dan ingin membuangnya sebelum pulang. Namun setelah mengangkatnya terasa isi kandungannya berat.
    
"Apabila dibelek terdapat satu bungkusan kain putih dan kemudian saya menyelak kain dan terperanjat apabila ternampak muka bayi,” katanya.

Ishak berkata dia telah memaklumkan kepada imam masjid serta ahli kariah lain dan kemudian laporan dibuat di Pondok Polis Alor Merah. 
    
Katanya bayi itu cukup sifat dan masih bertali pusat, berkulit sawo matang, mungkin berbangsa Melayu. 
    
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Adzaman Mohd Jan berkata mayat bayi berkenaan dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk bedah siasat. 
    
“Buat masa sekarang tiada suspek ditahan berhubung kes berkenaan. Kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran,” katany


 Malaysiakini

No comments:

Post a Comment

Kalau boleh jangan la komen sebagai Anonymous, bagi yang tak reti caranya senang ja, klick kat 'v' yg dalam kotak sebelah kanan 'Select profile' lepas tu klick kat 'Name/URL' lepas tu isi la nama, URL tu tak isi pun takpa,lepas tu klik kat 'Continue' lepas tu lantak hangpa, kalau aku rasa tak sesuai aku padam... hak komen hak hangpa... hak nak siar hak AKU.. jadi kalau nak bagi komen hangpa keluaq.. KOMEN laa elok-elok... nak kutuk pon tak apa tapi jaga BUDI BAHASA... OK Pengkomen guna Anonymous akan di padam itu hak aku.