Friday, October 26, 2012

Fuyo Lembu Qurban pun sanggup orang curi


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEitElHM4b5-_UMT-P5D2-peALNzypgg3_lsd1eCdnOf9Db4Yl72p6E_wC2r-8E6PWFBAqIGWRMOJQ_3_Cv5prHf46-qysMyQOsda0FSX64bb3gkds7GvD2LvhoQgR-_quGvBpiNwqrNMqWF/s1600/umno+lembu.jpgPanas dan heboh satu Pekan Kamunting Taiping seekor lembu sumbangan YB Zahir Khalid Adun Kamunting  untuk Masjid  Kg Expo hilang dan disyaki dicuri.

Pada malam kelmarin ada ditambat oleh AJK Masjid Expo, datang untuk Solat Subuh pagi tadi ,ahli jemaah melihat seekor lembu ,sumbangan YB Dato' Zahir ,Exco Kerajaan Perak itu telah dicuri orang.

Ahli Jemaah Masjid Expo ,berasa sesuatu tak kena.jika hendak curi lembu kenapa seekor lembu sumbangan YB UMNO tu hilang sedangkan seekor lagi elok ditambat.

Berikutan kehilangan lembu itu, didakwa Timbalan Pegerusi Masjid Expo telah membuat laporan polis.Jika mereka yang mencuri itu tidak pulang balik lembu itu,pihak Masjid akan buat solat hajat dan baca yassin untuk keselamatan.

Menurut satu sumber yang boleh dipercayai,yang memberitahu penulis  ,lembu YB Dato Zahir ,Adun Umno itu telah dicuri oleh orang UMNO juga.Pencuri yang didakwa Ahli UMNO itu tidak suka YB Umno memberi sumbangan lembu kepada Masjid Expo ,kerana Masjid Expo,Kamunting dikatakan pro-PAS. Sisibukit

No comments:

Post a Comment

Kalau boleh jangan la komen sebagai Anonymous, bagi yang tak reti caranya senang ja, klick kat 'v' yg dalam kotak sebelah kanan 'Select profile' lepas tu klick kat 'Name/URL' lepas tu isi la nama, URL tu tak isi pun takpa,lepas tu klik kat 'Continue' lepas tu lantak hangpa, kalau aku rasa tak sesuai aku padam... hak komen hak hangpa... hak nak siar hak AKU.. jadi kalau nak bagi komen hangpa keluaq.. KOMEN laa elok-elok... nak kutuk pon tak apa tapi jaga BUDI BAHASA... OK Pengkomen guna Anonymous akan di padam itu hak aku.