Thursday, August 9, 2012

Pulak dah: Muhyidin terima kunjungan Setiausaha parti Komunis China

Kih kih Jangan Risau dia ini datang nak tanaya Panda                 kut sehat ke kaka kaka kaka

Ah, ini siapa yang dok salam dengan Setia usaha Parti Komunis Cina. Huhuhu.  Pakatan Rakyat iaitu DAP, PAS dan PKR akan bertarung dengan UMNO-BN di arena politik secaragentleman. Yang kita mahukan dalam perlawanan ini ialah keadilan buat semua parti yang nak bertanding, bukan menipu menggunakan instrumen kerajaan dan guna duit cukai rakyat.


PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menerima kunjungan hormat Setiausaha Parti Komunis China (CPC) Jawatankuasa Wilayah Shaanxi, Zhao Leji, di pejabatnya di bangunan Perdana Putra di sini.


(Muhyidin bersalam dengan Zhao Leji)

Zhao, yang juga Pengarah Kongres Rakyat Wilayah Shaanxi dan ahli Jawatankuasa Pusat CPC ke-17, berada di Malaysia untuk lawatan lima hari bermula Selasa.

Beliau yang diiringi empat anggota delegasi yang mewakili Kongres Wilayah Shaanxi dan kerajaan Wilayah Shaanxi, tiba di pejabat Timbalan Perdana Menteri pada kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Lawatan beliau ke Malaysia bertujuan menggalakkan kerjasama ekonomi dan perdagangan dua hala, di samping memperkenalkan peluang perniagaan buat usahawan dari Malaysia dan Wilayah Shaanxi.

Lawatan itu juga akan mengeratkan lagi hubungan akrab antara pemimpin, kerajaan dan rakyat antara kedua-dua pihak, lapor Bernama.


http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/12389-muhyidin-terima-kunjungan-setiausaha-parti-komunis-china

No comments:

Post a Comment

Kalau boleh jangan la komen sebagai Anonymous, bagi yang tak reti caranya senang ja, klick kat 'v' yg dalam kotak sebelah kanan 'Select profile' lepas tu klick kat 'Name/URL' lepas tu isi la nama, URL tu tak isi pun takpa,lepas tu klik kat 'Continue' lepas tu lantak hangpa, kalau aku rasa tak sesuai aku padam... hak komen hak hangpa... hak nak siar hak AKU.. jadi kalau nak bagi komen hangpa keluaq.. KOMEN laa elok-elok... nak kutuk pon tak apa tapi jaga BUDI BAHASA... OK Pengkomen guna Anonymous akan di padam itu hak aku.