Wednesday, June 20, 2012

Bukan ke UMNO yang menyekat Bantuan Berkapita Untuk SAR. Sejak bila pula 'U'Turn.

Kaka Kaka Kaka Midah buat cerita lucu: PAS PKR bantah Bina SAR


IPOH 19 Jun - Memalukan! Pas yang kononnya memperjuangkan Islam sanggup bersekongkol dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) membantah pembinaan Sekolah Agama Rakyat (SAR) Taman Pegoh Aman di atas tapak sebuah padang awam di sini. Alasan mereka adalah mahu mempertahankan padang itu untuk kegunaan penduduk. Namun yang menghairankan, sebahagian besar penduduk taman tersebut tidak pula membantah projek berkenaan kecuali sebilangan kecil penduduk bukan Islam yang tinggal di hadapan padang berkenaan yang dipercayai telah dihasut oleh pihak tertentu. Pas dan PKR bukan sahaja membuat demonstrasi mendesak bangunan yang dalam pembinaan itu dirobohkan pada 29 Mei lalu, malah turut mengganggu majlis dialog yang diadakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rapat, Datuk Hamidah Osman (gambar) bagi memberikan penjelasan kepada penduduk Sabtu lalu. Dua pemimpin pembangkang yang mahu menjadi jaguh dalam isu tersebut ialah Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan Gopeng, Radzi Zainon yang diuar-uarkan bakal menjadi calon DUN Sungai Rapat dan Ahli Parlimen Gopeng, Dr. Lee Boon Chye yang mewakili PKR. Hamidah berkata, isu bantahan pembinaan SAR itu tidak sepatutnya timbul kerana ia cuma menggunakan 0.3 hektar daripada 1.6 hektar keluasan keseluruhan padang tersebut. "Tapak yang diambil bagi pembinaan SAR itu juga cuma di bahagian penjuru sekali dan ia langsung tidak menjejaskan penggunaan padang tersebut untuk permainan bola sepak dan taman permainan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.



Baca alagi disini: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0620&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_05.htm

1 comment:

  1. Mohon buat pautan blog: suasanapolitikmalaysia.blogspot.com

    Terima kasih.

    ReplyDelete

Kalau boleh jangan la komen sebagai Anonymous, bagi yang tak reti caranya senang ja, klick kat 'v' yg dalam kotak sebelah kanan 'Select profile' lepas tu klick kat 'Name/URL' lepas tu isi la nama, URL tu tak isi pun takpa,lepas tu klik kat 'Continue' lepas tu lantak hangpa, kalau aku rasa tak sesuai aku padam... hak komen hak hangpa... hak nak siar hak AKU.. jadi kalau nak bagi komen hangpa keluaq.. KOMEN laa elok-elok... nak kutuk pon tak apa tapi jaga BUDI BAHASA... OK Pengkomen guna Anonymous akan di padam itu hak aku.