Saturday, May 12, 2012

Sek Pondok Pun tak Mahu Terima Tolak bantuan RM100,000

TUMPAT – Pondok Berangan di Kampung Berangan memutuskan untuk menolak peruntukan RM100,000 pemberian daripada Kerajaan Persekutuan yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Pondok Berangan antara lima pondok di negeri ini yang tersenarai akan menerima peruntukan itu ketika perjumpaan khas Muhyiddin dengan pengasas pondok Geting (Pondok An–Najmiah) di sini, Abdullah Samah pada 24 April lalu. Guru Pondok Berangan, Muhammad Ali berkata, dia menolak peruntukan itu kerana sejak pondok ini dibuka 70 tahun lalu, pihak pengurusan pondok di sini pada zaman pengasasnya lagi tidak pernah menerima bantuan daripada Kerajaan Persekutuan. “Memang ada bantuan daripada Kerajaan Persekutuan dihulurkan untuk membantu pondok ini, tetapi ditolak oleh pengasas pondok ini. “Disebabkan itu, saya sebagai generasi kedua juga akan berbuat demikian, menolak bantuan RM100,000 untuk pembangunan pondok yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri ketika berkunjung ke Pondok Geting baru–baru ini. “Pihak saya pun setakat ini tidak menerima apa–apa lagi berkaitan wang peruntukan itu,” katanya ketika ditemui di pondoknya semalam. Pondok Berangan diasaskan Allahyarham Yaakob Ishak dikenali sebagai Tok Guru Kob, membuka pusat pengajian pondok ini pada tahun 1942. Sekarang ini seramai 35 pelajar lelaki dan perempuan mengikuti pengajian pondok di sini dan ada diantara mereka dari Kemboja, Thailand dan Pahang. Sebanyak 30 pondok disediakan sebagai tempat tinggal pelajar tersebut. Pada 25 April lalu, Sinar Harian menyiarkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan peruntukan RM500,000 untuk membantu lima pusat pengajian pondok dibawah Persatuan Ulama’ Minda Pondok di negeri ini. Antara pondok itu ialah Pondok Berangan, Pondok Bunut Susu, Pondok Jal Besar, Pondok Pulau Ular dan Pondok Geting.
Tolak bantuan RM100,000 Muhammad (tiga, kiri) memutuskan untuk menolak peruntukan yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri

1 comment:

  1. ingat 100 ribu tu bolih beli ugama, bolih beli tok guru pondok..
    kenapa sekarang baru nak bantu, nak hulur bantuan... supaya senang buat modal pilihanraya lah .
    Tahniah buat Tok Guru Pondok
    saya anak Kelantan diperantauan saya dapat rezeki nanti saya balik hulur kat Pondok

    ReplyDelete

Kalau boleh jangan la komen sebagai Anonymous, bagi yang tak reti caranya senang ja, klick kat 'v' yg dalam kotak sebelah kanan 'Select profile' lepas tu klick kat 'Name/URL' lepas tu isi la nama, URL tu tak isi pun takpa,lepas tu klik kat 'Continue' lepas tu lantak hangpa, kalau aku rasa tak sesuai aku padam... hak komen hak hangpa... hak nak siar hak AKU.. jadi kalau nak bagi komen hangpa keluaq.. KOMEN laa elok-elok... nak kutuk pon tak apa tapi jaga BUDI BAHASA... OK Pengkomen guna Anonymous akan di padam itu hak aku.