Tuesday, April 10, 2012

HAHAHA INI BETULBETUL BUKAN DONGENAN: KADIR SHEIKH FAZIR KIH KIH


Turut serta AJK PAS Pusat Datuk Kamarudin Jaffar, Asmuni Awi, Ketua Dewan Pemuda Nasruddin Hassan serta Setiausaha Politik Presiden Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Perbincangan antara kesemua mereka bermula kira-kira jam 8.15 malam sejurus Tuan Guru Presiden tiba.

Pelbagai topik dibincangkan khususnya isu politik tanah air berkaitan kepincangan pilihan raya.

Perbincangan itu berakhir kira-kira jam 10 malam.

Sebelum ini, Abdul Kadir menggemparkan politik negara apabila beliau yang lebih 50 tahun menyumbang keringat dalam Umno, mengumumkan keluar dari parti itu.

Beliau yang pernah menjawat jawatan menteri penerangan itu mendakwa bertindak demikian selepas hilang kepercayaan kepada pemimpin Umno BN pada masa ini.

Sebelum keluar Umno, beliau ada mendakwa perjuangan Umno BN hari ini sudah terpesong jauh dari matlamat asal penubuhannya.

Beliau juga mendakwa Umno menggunakan taktik menabur wang sama ada untuk membeli undi pilihan raya dan sewaktu pemilihan parti.

Kritikan dan kelantangan beliau itu kemudiannya mengundang kecaman hebat dari pemimpin Umno sehingga beliau bertindak keluar parti.

Terdahulu, beliau turut dibawa meninjau bilik mesyuarat serta pejabat pimpinan PAS di tingkat 5 sebelum mengadakan pertemuan di luar pejabat Presiden di tingkat 4.

Menariknya, Abdul Kadir yang kini sebagai Timbalan Presiden NGO Amanah Merdeka (Amanah), buat kali pertama akan muncul berceramah di pentas PAS pada satu program besar di negeri Kedah 15 April ini.

Ceramah tersebut akan diadakan di Kupang sempena lawatan rasmi presiden PAS ke Kedah.

Beliau akan berceramah sepentas dengan Abdul Hadi, Menteri Besar, Datuk Seri Ustaz Azizan Razak serta Mahfuz.


6 comments:

  1. Kena hati2..aku tak berapa yakin dgn kadir ni..ingat macamna strategi umno tumbangkan perak..jgn kita cepat terima bulat2 bekas musoh politik..agenda depa tak pernah berhenti..

    ReplyDelete
  2. Salam semua...

    Saya sokong idris halim.

    ReplyDelete
  3. Hati manusia kita susah nak baca...Lagipun kita dikehendaki berpersangka baik..apa-apa pun kita berdoa semoga Abdul Kadir ikhlas.

    ReplyDelete
  4. Pengalaman "kemunafikan" dgn YB Katak Ibrahim Ali sudah cukup utk mengajar kita dalam perjuangan

    ReplyDelete
  5. satu aku tak suka... derang ni bila ada orang datang.. cukup senang bawak naik ke rumah... sampai ke bilik hahh....

    bawak-bawak la duduk berbual dulu kat luar... cuba-cuba kenal dulu hajat dan tujuan orang datang, kalau dah yakin bawak manafaat, baru lah ajak naik... ni kang... tah yang datang tu penyamun ke, pencuri ke... penipu gores dan menang ke... kan ke haru...

    banyak kali dah kena, tak rereti nak amek teladan???

    ReplyDelete

Kalau boleh jangan la komen sebagai Anonymous, bagi yang tak reti caranya senang ja, klick kat 'v' yg dalam kotak sebelah kanan 'Select profile' lepas tu klick kat 'Name/URL' lepas tu isi la nama, URL tu tak isi pun takpa,lepas tu klik kat 'Continue' lepas tu lantak hangpa, kalau aku rasa tak sesuai aku padam... hak komen hak hangpa... hak nak siar hak AKU.. jadi kalau nak bagi komen hangpa keluaq.. KOMEN laa elok-elok... nak kutuk pon tak apa tapi jaga BUDI BAHASA... OK Pengkomen guna Anonymous akan di padam itu hak aku.