Monday, April 30, 2012

Amaran Pas, 'Bersih 4.0' jika tolak tuntutan

Amaran Pas, 'Bersih 4.0' jika tolak tuntutan
Peserta Bersih 3.0 berbaring di hadapan pihak Polis Unit Simpanan Persekutuan (FRU) di Dataran Merdeka, semalam. - Foto Bernama
SHAH ALAM - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi amaran perhimpunan lebih besar berbanding Bersih 3.0 akan diadakan jika kerajaan enggan memenuhi tuntutan agar disediakan persekitaran bagi pilihan raya bebas dan adil.

"Jika sekiranya tuntutan rakyat kekal tidak didengari, kita sedia menganjurkan perhimpunan lebih besar dengan jumlah berganda daripada Bersih 3.0 sehingga protes kita terhadap kekotoran pilihan raya diterima.

"Kita mahukan perubahan kerajaan dalam keadaan aman dan matang sebagaimana amalan negara-negara maju yang telah matang amalan demokrasinya," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

2 comments:

  1. Saya adalah barisan depan yg duduk dan patuh kpd arahan tetapi apabila Anuar , hata, dan chegubard dtg, mereka telah mengarahkan agar kita semua masuk. Semua terpinga pinga kerana arahan dah berbeza. Unit amal pas dah buat yg terbaik Utk menghalang tetapi gagal. Akhirnya apa terjadi polis pukul pendemo, pendemo pukul polis. Sekarang perspektif org atas pagar dah jadi negatif. Saudara mara yg atas pagar mula nya bersimpati Dgn bersih dah jadi lain. Pagi pagi ini saya ke office, kawan kawan yg dulu agak pro bersih semua kutuk bersih. Saya buat bodoh saja, sebab saya tahu ini angkara bodoh Anuar. Kita Jgn syok sendiri sebab org atas pagar dah jadi anti bersih.

    ReplyDelete
  2. Bg aku yg ptg ialah tututan rakyat didengar. da 54 thn rakyat di lembukan. pemimpin dah jd seperti beraja di mata bersultan di hati. hingga ank dia blh pukul org tp terlepas. ubah tetap ubah.

    ReplyDelete

Kalau boleh jangan la komen sebagai Anonymous, bagi yang tak reti caranya senang ja, klick kat 'v' yg dalam kotak sebelah kanan 'Select profile' lepas tu klick kat 'Name/URL' lepas tu isi la nama, URL tu tak isi pun takpa,lepas tu klik kat 'Continue' lepas tu lantak hangpa, kalau aku rasa tak sesuai aku padam... hak komen hak hangpa... hak nak siar hak AKU.. jadi kalau nak bagi komen hangpa keluaq.. KOMEN laa elok-elok... nak kutuk pon tak apa tapi jaga BUDI BAHASA... OK Pengkomen guna Anonymous akan di padam itu hak aku.