Saturday, March 31, 2012

Isu Tanah Wakaf Pulau Pinang. UMNO jadian ke ini

BONGKAR! SHAIK HUSSEIN HALAU MELAYU


Assalamualaikum,
Salam Sejahtera.

Paku dulang, paku serpih. Mengata orang tapi dia yang lebih. Nak tau?hehehehhe. Cerita Ketua Pemuda Pulau Pinang, Shaik Hussein Mydin memberi amaran kepada Guan Eng agar memulangkan semula tapak masjid berkenaan kerana ia boleh mencetuskan isu perkauman. "Saya tidak kisah jika dia nak buat pembangunan macam mana rupa sekalipun tetapi tapak masjid Bayan Mutiara jangan kacau, ini perkara serius. Ia milik orang Islam," tegasnya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat UMNO Pulau Pinang di sini hari ini.(Utusan Online).

CT cuma nak kata, Shaik Hussein ni juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bagan. Apa plak cerita Tanah Wakaf Abdul Qader Jalan Mengkuang, Bagan? Bukankah beliau berkrompomi dengan Ketua UMNO Bahagian Bagan dan beriya-iya menghalau penduduk Melayu keluar daripada Tanah Wakaf tu? Jangan Tipu? Orang kampong semua dah tau!!! Tujuan untuk menjalankan Projek Pangsapuri puluhan juta ringgit! Yang pasti, projek tersebut dapat ke siapa erk?



Jangan cakap tak serupa bikin!kahkahakahakaha! Tunggu pembongkar selanjutnya..heheheheh


catsthinker@gmail.com
CATS THINKER

1 comment:

  1. Anda sendiri sediakan peluru untuk musuh menembak anda.. lain kali statement tu perlu beretika dan berilmiah kerana la ni rakyat dah celik IT.. bukan zaman dulu yg dok mengadap tv 24jam..

    ReplyDelete

Kalau boleh jangan la komen sebagai Anonymous, bagi yang tak reti caranya senang ja, klick kat 'v' yg dalam kotak sebelah kanan 'Select profile' lepas tu klick kat 'Name/URL' lepas tu isi la nama, URL tu tak isi pun takpa,lepas tu klik kat 'Continue' lepas tu lantak hangpa, kalau aku rasa tak sesuai aku padam... hak komen hak hangpa... hak nak siar hak AKU.. jadi kalau nak bagi komen hangpa keluaq.. KOMEN laa elok-elok... nak kutuk pon tak apa tapi jaga BUDI BAHASA... OK Pengkomen guna Anonymous akan di padam itu hak aku.