Tuesday, March 27, 2012

Hebat Anak Nazri: Nazri kata anaknya boleh urus sendiri hal peribadi

Memetik sumber yang tidak dinamakan, satu portal berita berkata pengurusan kondominium itu menerima tekanan untuk menutup insiden tersebut walaupun CCTV merekodkan pergaduhan itu, kerana firma keselematan bergantung kepada kerajaan untuk memperbaharui lesen mereka.


KUALA LUMPUR, 27 Mac — Menteri Umno Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menolak untuk memberikan respon berkenaan anak lelakinya Mohamad Nedim yang dikatakan terbabit dengan pergaduhan minggu lepas, dengan berkata anaknya itu sudah dewasa dan mampu menguruskan halnya sendiri.

“Saya tidak bertanggungjawab atas tindak tanduk dia,” katanya kepada The Malaysian Insider di semalam. “Tidak ada kene mengena dengan saya.”

Menteri itu (gambar) turut berkata beberapa laporan polis telah dibuat berhubung insiden 20 Mac dan pihak polis sudah pun menjalankan siasatan.

Oleh yang demikian, Nazri menjelaskan adalah tidak sesuai untuknya memberikan sebarang komen berhubung perkara itu.

“Saya tidak boleh memberikan sebarang komen, sekiranya saya mula komen, itu mungkin akan menjadi prejudis situasi tersebut kerana sudah ada laporan polis,” katanya.

Beberapa laporan berita online melaporkan minggu lepas terdapatnya dakwaan Mohamad Nedim mengkasari pegawai keselamatan di sebuah kondominium di Mont Kiara malam Selasa lalu.

Memetik sumber yang tidak dinamakan, satu portal berita berkata pengurusan kondominium itu menerima tekanan untuk menutup insiden tersebut walaupun CCTV merekodkan pergaduhan itu, kerana firma keselematan bergantung kepada kerajaan untuk memperbaharui lesen mereka.

PKR mendakwa semalam, sekiranya polis “berusaha mempertahankan” pemimpin Barisan Nasional (BN) selepas membersihkan Nedim dalam dakwaan pergaduhan tersebut selepas empat hari insiden tersebut.

Ketua Polis Brickfield ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata pada Sabtu lalu “kes itu jelas” hanya melibatkan pengawal keselamatan dan pengawal peribadi Nedim.

“Saya tak tahu mengapa dan bagaimana ada orang lain boleh terlibat (Mohamad Nedim) dalam perkara ini,” menurutnya.

Namun Naib Presiden PKR N Surendran berkata dalam satu kenyataan semalam bahawa kenyataan Wan Abdul hanya dibuat selepas empat hari kejadian tersebut adalah “mencurigakan”.

“Adakah pihak polis cuba melindungi Umno dan reputasi kerajaan?” kata peguam tersebut. “Kejadian itu turut dilaporkan telah di rakam oleh CCTV di kawasan tersebut. Apa kandungan CCTV itu?”

Beliau turut mendesak polis mewujudkan pasukan khas untuk menyiasat kes berkenaan dengan lebih lanjut kerana kes ini melibatkan “ anak menteri kanan”.

Ini adalah kali kedua anak Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu terlibat dengan kejadian jenayah.

Pada 2004, Nedim dituduh terlibat dengan kematian Darren Kang, pelajar jurusan undang-undang di United Kingdom, yang dibunuh di Sri Hartamas.

Pada masa itu, Nazri mengakui anaknya berada di lokasi tersebut namun menegaskan anaknya tidak terlibat dengan jenayah tersebut, yang mana lima peniaga Thailand mengaku salah atas tuduhan membunuh.

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/nazri-kata-anaknya-boleh-urus-sendiri-hal-peribadi/

2 comments:

  1. hr tu bkn main lg suruh ijat resign kes lembu anak branak, kena kat dia tak dak kena mngena plak

    ReplyDelete
  2. semua gerombolan Kera UMNgOk-BoNgok ni bergurukan mamakhateer sorang

    mamakhateer: bukan saya yg arahkan tangkap. itu keputusan polis yg tangkap mereka bawah isa. saya takde kenamengena dan tidak bertanggungjawab

    kak pijat: bukan saya yg arahkan beli kondo. itu kehendak lembu saya, eh suami dan anak2 saya. saya takde kenamengena dan tidak bertanggungjawab

    nazri: bukan saya yg arahkan bergaduh di kondo. itu tindaktanduk anak saya. saya takde kenamengena dan tidak bertanggungjawab

    mereka semua gunakan skrip yg sama dulu kini dan selamanya

    patutlah sepanjang negara ditadbir oleh gerombolan Kera, kes buangbayi tak habis2 malah semakin menjadi2, sebab depa pun ikut "pemimpin" haprak utk dijadikan contoh: itu anak saya, saya tak bertanggungjawab!

    -average joe-
    klakka-la.blogspot: BINATANG PELIHARAAN SAYA 5

    ReplyDelete

Kalau boleh jangan la komen sebagai Anonymous, bagi yang tak reti caranya senang ja, klick kat 'v' yg dalam kotak sebelah kanan 'Select profile' lepas tu klick kat 'Name/URL' lepas tu isi la nama, URL tu tak isi pun takpa,lepas tu klik kat 'Continue' lepas tu lantak hangpa, kalau aku rasa tak sesuai aku padam... hak komen hak hangpa... hak nak siar hak AKU.. jadi kalau nak bagi komen hangpa keluaq.. KOMEN laa elok-elok... nak kutuk pon tak apa tapi jaga BUDI BAHASA... OK Pengkomen guna Anonymous akan di padam itu hak aku.