Sunday, January 15, 2012

Terbaik !! Hasan Ali: Tiada sebab saya harus kekal dalam Pas - Politik - Sinar Harian

Pejuang kena tahu etika adab berjemaah...perjuangan ada adab , ada disiplin yg perlu dipelihara.. Tidak ada paksaan jika tidak mahu!!
Hasan Ali

Saya Petik (Sinar)

SHAH ALAM - Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali membayangkan beliau tidak akan mengemukakan rayuan berhubung pemecatannya biarpun ada ruang untuk merayu sehingga 7 Februari depan.

Beliau diberi tempoh 30 hari untuk mengemukakan rayuan.

Hasan berkata, beliau tidak kesal dengan pendirian tersebut selepas merasakan perjuangan di dalam Pas dikhianati khususnya oleh sekumpulan ‘parasit’ yang lebih rela menghargai dan meraikan perjuangan orang lain.

“Saya tak boleh, jiwa saya tak boleh. Saya tidak nampak kenapa harus kekal dalam parti,” katanya pada Program Bicara Memurnikan Akidah Ummah, anjuran Sekretariat Selamatkan Akidah (Himpun) di Taman Bolton, Kuala Lumpur.

Program dihadiri lebih 100 peserta turut menampilkan Dr Azhar Yaakob dan Ustaz Farhan Abdullah daripada Sekretariat Himpun sebagai ahli panel.

Pada sesi dialog itu, Hasan meluahkan kekecewaan apabila perjuangannya mempertahankan akidah umat Islam di Selangor ditentang.

“Saya tidak boleh melakukannya ketika dalam parti, kerana rakan dalam parti dan kumpulan ‘parasit’ ini tidak suka isu arak dan murtad di Selangor diperjuangkan kerana hendak meraikan rakan lain yang bersekongkol dalam parti.

“Saya sanggup digugur dalam Exco dan meninggalkan segala keistimewaan. Walaupun saya cukup selesa dengan kedudukan sebagai Exco, saya tinggalkan demi menyelamatkan diri, anak-anak, keluarga dan umat Islam,” katanya.

Hasan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia berkata, penentangan terhadap perjuangannya terbukti apabila beliau dikritik oleh pemimpin Pas, gara-gara memberi sokongan penuh kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) berhubung pemeriksaan gereja dahulu.

“Saya tidak berseorangan dalam perkara ini, dalam tempoh terdekat akan terdapat pergerakan besar-besaran memperjuangkan akidah umat Islam dalam negara,” katanya.

Hasan dipecat oleh Pas Ahad lalu.




Hasan Ali: Tiada sebab saya harus kekal dalam Pas - Politik - Sinar Harian

1 comment:

  1. Tiada orang Islam yang sempurna akal fikirannya menolak perjuangan Islam namun cara Hasan Ali menonjolkan dirinya sebagai pejuang Islam tidak kena dengan uslub. Dia lebih kepada mengikut rentak tari gendang yang dipalu orang lain. Rentaknya adalah rima yang selalu dimainkan UMNO. Perjuangan PAS jelas tapi Hasan keliru.

    ReplyDelete

Kalau boleh jangan la komen sebagai Anonymous, bagi yang tak reti caranya senang ja, klick kat 'v' yg dalam kotak sebelah kanan 'Select profile' lepas tu klick kat 'Name/URL' lepas tu isi la nama, URL tu tak isi pun takpa,lepas tu klik kat 'Continue' lepas tu lantak hangpa, kalau aku rasa tak sesuai aku padam... hak komen hak hangpa... hak nak siar hak AKU.. jadi kalau nak bagi komen hangpa keluaq.. KOMEN laa elok-elok... nak kutuk pon tak apa tapi jaga BUDI BAHASA... OK Pengkomen guna Anonymous akan di padam itu hak aku.