Tuesday, December 20, 2011

Hassan Ali ada Bukti - "Ahli makin ragu-ragu dengan Prinsip PAS."

alt

KUALA LUMPUR 20 Dis. - "Saya terkejut Mustafa Ali dan Mahfuz Omar terus menerus menyerang saya." Demikian dakwa bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato' Dr. Hassan Ali memberi reaksi balas terhadap serangan yang telah dibuat oleh Setiausaha Agung dan Naib Presiden PAS baru-baru ini.

Beliau dengan nada kecewa mendakwa, tindakan tersebut amat tidak profesional. Malah tindakan kedua-dua Pemimpin itu kata beliau menggambarkan ada usaha untuk menjatuhkan beliau selaku Exco

Hassan Ali turut menjelaskan beliau ada bukti dan fakta bahawa terdapat ramai Penyokong PAS di peringkat akar umbi yang semakin ragu-ragu dengan perjuangan Parti.

Hassan Ali membuat penjelasan demikian dalam Sidang Media yang sedang berlangsung di rumah beliau hari ini.

Sebelum ini, Naib Presiden PAS, YB. Datuk Mahfuz Omar membuat kenyataan tidak mempunyai masalah jika Hassan Ali mahu meninggalkan PAS dan menyertai UMNO.

"Hasan mahu keluar parti, silakan. Terpulang pada dia."

Turut mengkritik beliau Setiausaha Agung PAS Dato' Mustafa Ali yang menganggap Exco Kerajaan Negeri Selangor itu terperangkap dengan agenda jahat UMNO.

Kritikan kedua-dua Pemimpin PAS itu dibuat susulan reaksi Hassan Ali yang membuat beberapa perlaksanaan yang tidak disenangi beberapa rakan PAS dalam Pakatan iaitu DAP dan PKR termasuklah mendakwa bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak dalam memperkasa Perpaduan Islam dan Melayu.

Sumber: http://www.klpos.com/ekslusif/1907-hassan-ali-ada-bukti-qahli-makin-ragu-ragu-dengan-prinsip-pasq


1 comment:

  1. Ada benarnya cakap Hasan Ali ni , tengok saja sidang media bals Pesuruhjaya PAS selangor Dr. Rani dan Khalid Samad , KENAPA THERESA KOK PUN HADIR SAMA ??? Duduk depan sama-sama dgn dr.Rani dan Khalid Samad .

    ADAKAH PAS sekarang hanya menjadi BIRO AGAMA kepada DAP ???

    ReplyDelete

Kalau boleh jangan la komen sebagai Anonymous, bagi yang tak reti caranya senang ja, klick kat 'v' yg dalam kotak sebelah kanan 'Select profile' lepas tu klick kat 'Name/URL' lepas tu isi la nama, URL tu tak isi pun takpa,lepas tu klik kat 'Continue' lepas tu lantak hangpa, kalau aku rasa tak sesuai aku padam... hak komen hak hangpa... hak nak siar hak AKU.. jadi kalau nak bagi komen hangpa keluaq.. KOMEN laa elok-elok... nak kutuk pon tak apa tapi jaga BUDI BAHASA... OK Pengkomen guna Anonymous akan di padam itu hak aku.