Thursday, December 8, 2011

Bersyukur tak pada tempat


APA CER??? MAYA KARIN BERSYUKUR DAPAT BUAT AKSI RANJANG..

Mana FINAS.., JAKIM, JAIK, MAIK, dan MAJLIS ULAMA' atau mereka yang berkaitan serta Menteri menteri yang TERBABIT…. mengapa tak halang perkara ni..?? Atau mereka nie yang dok layan aksi-aksi sebegini????
http://dppwm.blogspot.com/2011/12/apa-cer-maya-karin-bersyukur-dapat-buat.html

Kata Maya Karin : "Saya akui sangat gementar sebelum setiap kali ingin memulakan babak ranjang dan mesra itu. Terus-terang, saya ingin lakonkan babak atas katil itu kerana belum pernah saya melakukan babak tersebut sepanjang karier saya. Walaupun pada awalnya terasa pelik dan gementar, tetapi syukur Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar".

Bersyukur dan memuji Allah SWT kerana berjaya memaparkan elemen 'ranjang' dan 'mesra'? Ini satu kesesatan fikrah yang jelas.

Lagi Sekali.. PERLUKAH… Aksi Ranjang dilakonkan bagi menterjemahkan dan ditayangkan di dalam sebuah filem, dan yang lebih tak faham bila alasan yang diberi ianya penting untuk adalah untuk menghidupkan perjalanan sesebuah cerita.. ni cerita apa sebenarnya ????

1 comment:

  1. Salam, tak pelik kalau artis jahil bab agama sebab diaorang kurang pengetahuan pasal agama tapi yang jadi pelik ialah apabila tidak ada kawalan dan usaha untuk memberikan kefahaman dan peraturan untuk orang-orang seni agar dapat berkarya tapi tidak menyalahi hukum.

    Apa fungsi jabatan agama ,kita ada JAKIM ,kita ada IKIM dan jabatan agama setiap negeri adakah peranan mereka hanya tangkap penceramah tak dak permit sajakah?

    ReplyDelete

Kalau boleh jangan la komen sebagai Anonymous, bagi yang tak reti caranya senang ja, klick kat 'v' yg dalam kotak sebelah kanan 'Select profile' lepas tu klick kat 'Name/URL' lepas tu isi la nama, URL tu tak isi pun takpa,lepas tu klik kat 'Continue' lepas tu lantak hangpa, kalau aku rasa tak sesuai aku padam... hak komen hak hangpa... hak nak siar hak AKU.. jadi kalau nak bagi komen hangpa keluaq.. KOMEN laa elok-elok... nak kutuk pon tak apa tapi jaga BUDI BAHASA... OK Pengkomen guna Anonymous akan di padam itu hak aku.