Friday, December 23, 2011

Ariff Alfian Takut Pulang ke Tanah Air — Harian Metro Online

Dengan Allah macam mana?. Tak kan takut dengan manusia saja

Ariff Alfian Rosli, pelajar Malaysia yang melangsungkan perkahwinan sejenis di Ireland menyatakan ketakutannya untuk pulang ke tanah air.

Dalam kenyataannya kepada akhbar The Irish Times hari ini, Ariff Alfian berkata, dia bimbang dengan keselamatan dirinya jika pulang ke Malaysia

” Saya bimbang dengan keselamatan saya namun ingatan saya masih dengan keluarga dan rakan-rakan di sana. Saya tak pernah mahu perkara ini menjadi berita utama,” katanya kepada akhbar itu.


Klik di sini untuk gambar perkahwinan Ariff Alfian..

Dalam pada itu, Ariff Alfian menegaskan yang beliau tidak berhasrat untuk lari daripada tanggungjawabnya dalam melunaskan yuran pengajiannya dengan Petronas.

Katanya, beliau masih berhubung dengan syarikat itu berhubung pembayaran balik yuran berkenaan yang mencecah 200,000 pound.

Petronas sebelum ini mengesahkan Ariff Alfian adalah bekas pelajar tajaannya di bawah skim Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah Petronas bermula September 2001 untuk mengikuti kursus A-Level dan seterusnya melanjutkan pengajian peringkat ijazah perubatan di United Kingdom.

Klik di sini untuk gambar perkahwinan Ariff Alfian..

Bagaimanapun ia ditamatkan berdasarkan keputusan dan pencapaian akademik tidak memuaskan yang melanggar syarat perjanjian pinjaman.

Namun mereka mendakwa, sepanjang tempoh pengajian di Dublin, Ariff Alfian tidak pernah menghadiri sesi perbincangan berkala dengan Penasihat Pelajar Petronas dan tidak membalas sebarang emel serta panggilan telefon walaupun banyak usaha dibuat untuk berhubung dengan beliau.

” Saya tidak mahu lari dari tanggungjawab tersebut atau melepaskannya dari bahu saya,” ujarnya

Menurut Ariff Alfian, antara perkara yang terkandung dalam kontrak pengajiannya dengan Petronas termasuklah berkhidmat dengan syarikat itu bila tamat pengajian, namun dia tidak yakin dapat berbuat demikian disebabkan penglibatannya dalam hubungan sejenis. – Oleh SYAHRIL A. KADIR

Klik di sini untuk gambar perkahwinan Ariff Alfian..



Ariff Alfian Takut Pulang ke Tanah Air — Harian Metro Online

No comments:

Post a Comment

Kalau boleh jangan la komen sebagai Anonymous, bagi yang tak reti caranya senang ja, klick kat 'v' yg dalam kotak sebelah kanan 'Select profile' lepas tu klick kat 'Name/URL' lepas tu isi la nama, URL tu tak isi pun takpa,lepas tu klik kat 'Continue' lepas tu lantak hangpa, kalau aku rasa tak sesuai aku padam... hak komen hak hangpa... hak nak siar hak AKU.. jadi kalau nak bagi komen hangpa keluaq.. KOMEN laa elok-elok... nak kutuk pon tak apa tapi jaga BUDI BAHASA... OK Pengkomen guna Anonymous akan di padam itu hak aku.