Saturday, November 26, 2011

Projek IC Palsu

Senario ini boleh disifatkan seperti penyakit kanser yang pada mulanya patut ditangani lebih awal sebelum merebak. Kita boleh lihat sendiri dari pasar ikan, pasar sayur, pengusaha bas dan pengusaha teksi majoriti dikuasai oleh orang yang memiliki KPT yang tidak pasti asal usulnya.

Kini Persatuan Teksi Tawau dikenali sebagai PESARUM juga memiliki Pengerusi yang tidak dapat disahkan ketulenan KPT nya; tambahan pula orang seperti mereka ini di lindungi oleh VVIP politik.

Persoalannya, kenapa VVIP kita sanggup berbuat demikian sehingga melupakan anak bangsanya sendiri? Mana perginya agensi kerajaan seperti Jabatan Imigresen, Polis, Jabatan Pendaftaran dan SPRM? Semuanya seolah-olah senyap. Tidur lena dalam kekenyangan rasuah atau takut dengan suara lantang VVIP politik terutama Kalabakan dan Sebatik yang melindungi PATI dan PADI ini.

Saya memohon kepada Mutalib M.D agar dapat terus memperjuangkan hak-hak anak Sabah dan menyiasat secara mendalam hingga ke akar umbi terhadap kenyataan saya di atas.

Sesungguhnya pokok tidak akan bergoyang sekiranya tiada penyebabnya! Sabahkini. Net

Saya petik (MK) melaporkan>>

Inilah buah tangan pemerintahan Mahathir Kutty, yang asik menuding kesalahan org lain, UMNO rosak pasal Mahathir, Melayu terpinggir pun pasal Kutty ni..sekarang orang lain yg terpaksa menanggung kesan dan dia tetap disanjung... pelik tapi benar....Selangor antara negeri yang bakal mengalami nasib seperti Sabah sekiranya tiada apa2 tindakan dilakukan.Syabas kepada PR yang berkerja keras menyelamatkan negara dari digadai UMNO.

No comments:

Post a Comment

Kalau boleh jangan la komen sebagai Anonymous, bagi yang tak reti caranya senang ja, klick kat 'v' yg dalam kotak sebelah kanan 'Select profile' lepas tu klick kat 'Name/URL' lepas tu isi la nama, URL tu tak isi pun takpa,lepas tu klik kat 'Continue' lepas tu lantak hangpa, kalau aku rasa tak sesuai aku padam... hak komen hak hangpa... hak nak siar hak AKU.. jadi kalau nak bagi komen hangpa keluaq.. KOMEN laa elok-elok... nak kutuk pon tak apa tapi jaga BUDI BAHASA... OK Pengkomen guna Anonymous akan di padam itu hak aku.